Thursday, November 17, 2016

Diploma Statistik: ANC 4.00

Assalamualaikum and hi.

Alhamdulillah! I've finished my diploma! Yeay yeay. Hehe dapat ANC Alhamdulillah memang tercapai target sejak zaman menangis masa MDS sebab rindu mak abah hahahahahahahaha tapi sekarang wa dah cekal beb. 

Ok entry ni aku tulis cara aku belajar. Highlight: cara aku ya. Cara masing masing belajar tak sama en. Aku mula mula tak tahu nak tulis ke tak entry ni. Tapi benda baik, tak salah share ye dak. Kalau nak terima untuk jadikan motivasi, boleh baca ;)

1) Fokus dalam kelas, hormat lecturers
- Aku takdelah fokus 100% setiap masa. Tapi aku cuba untuk elakkan main phone, elakkan berborak masa lecturer tengah mengajar. Cuma satu je, den memang takleh mengelak lah tahap mengantuk namatey tu kengkadang wkwkwk. Even mengantuk, tapi aku akan cuba salin apa yang lect ajar, catat apa yang patut biarla tulisan macam !@#$%^&*, takpe dulu asal salin.

2) Buat nota
- Buat nota. Orang selalu kata aku duk study 24 jam. Tak pun weh. Aku buat nota. Sebab aku suka. Aku senang hafal bila aku ingat apa yang aku pernah tulis. Aku bukan jenis bila nak exam baru pulun buat nota. Aku buat nota tiap kali bila habis kelas. Apa yang lect ajar harini, malam or petang tu bila free aku akan buat nota sendiri. Sebab tu aku tak kisah salin buruk buruk bila dalam kelas, at least kita still ingat apa yang kita belajar siang tadi. Senang nak refresh.

3) Jangan meniru
- Aku pernah nak meniru masa part 2 dalam test 3 calculus II (huhu benda keji mestilah ingat). Bawak toyol bubuh formula. Tapi bila aku tengok toyol tu satu apa aku tak faham. Macam Allah tutup fikiran & hati aku. Aku salin formula tapi tak tahu macam mana nak apply. Alih alih tak boleh jawab langsung and failed test tu. 

Tapi aku bersyukur la benda tu buat aku terfikir. Macam mana kalau Allah tak izinkan aku jawab masa final exam nanti? Kalau markah test aku tinggi pun tapi tak dapat berkat macam mana? Kalau masa test, toyol acah acah boleh tolong tapi final exam nanti yang boleh tolong aku masatu Allah je. Takut Allah tak redha. Walaupun aku failed test tu, sampai hari nak keluar result aku tak tenang bak ang. And sejak tu aku berjanji tak mau meniru dah. Biaq pi lah tak hafal ka markah test teruk ka asal aku boleh jawab paper final dengan tenang, asal Allah tolong aku nanti. 

4) Set your own target
- "Winners focus on winning. Losers focus on winners". Pernah dengar kan? Kau tahu keupayaan diri kau sendiri. Tak perlu nak ada rasa dengki dengan orang lain. Rezeki kita semua kan masing masing, lain lain. Kita buat apa yang terbaik untuk diri sendiri je. Bila mendengki dengan orang lain, kau takkan rasa puas & bersyukur dengan apa yang kau dah ada. Tuhan tarik nanti baru tahu. Bagi aku, untuk quiz ke exam ke, aku target untuk dapat 80% dari full mark. Contoh untuk test 40%, aku kena dapatkan 32% haaa gitu. 

5) Surround yourself with positivity
- Kawan dengan orang yang naikkan semangat kita untuk belajar. Kawan dengan orang yang ingatkan kita niat untuk belajar. Baca inspiring stories (aku suka baca blog Fatin Liyana/Hanis Zalikha) or quotes yang akan buat kita rasa semangat.

6) Bahagikan masa elok elok
- Masa untuk belajar, masa untuk kelab persatuan dan masa untuk berhibur dengan melayan movie china hehe. Sebelum pergi meeting, kalau boleh aku akan siapkan dulu nota/latihan, bagi settle semua. And masa untuk belajar, aku tak usik phone selain nak tukar tukar lagu. Aku tutup data supaya takde gangguan. Bila dah penat and nak rehat kejap baru aku bukak instagram. Berapa banyak masa kau yang akan terbuang macam tu je bila kau study sambil main phone, serious talk. Selain tu, jangan tangguh tangguh kerja. Procrastination is a silent killer beb.

6) Buat kerja group
- Mungkin kau ingat ni tak penting. Tapi reward dia waktu result nanti. Kita mudahkan kerja orang lain, kerja kita pun nanti dipermudahkan In Shaa Allah. 

7) Usaha, doa & tawakal
- Doa. "Never underestimate the power of doa". Lagi lagi kalau kau antara insan yang teraniaya masa buat kerja group sengsorang kekeke. Bila dah usaha, kita tawakal. Takyah discuss bila dah habis paper. Buat stress je. 

8) Jaga hubungan dengan Allah, mak abah, pensyarah, kawan kawan & semua orang

Buat yang terbaik adik adikku In Shaa Allah boleh. Remember that success is the best revenge! Penat belajar tu rasa berbaloi untuk diri kita sendiri & parents :D


Thank you Allah 🙌 (sejak bila blog pun ada emoji ni lama nau aku tak bukak blog)

Bye~