Saturday, October 31, 2015

JustLorry For You ;)

Assalamualaikum.

Hi. Hi. Hi. Hari ini sekembalinya saya setelah tamat semester 3 di UiTM Kelantan dan akan berpindah ke Kampus Raub sem depan yahuuuuuuuuuuuuuuuuuu, ada satu portal yang ingin saya perkenalkan. Sila perhati semua gambar dengan baik kerana ianya satu kerugian jika anda abaikan. Lebih rugi jika anda abaikan caption dibawahnya kerana heiiiii penat aku menaip tahu? Ehem ehem

Online portal untuk korang booking truck secara online:
www.justlorry.com

Nah steps - 1) Bubuh poskod dari mana nak kemana. Contoh, dari 57000 ke 57100.

2) Pilih saiz untuk truck. 1 tonne kah 3 tonne kah 5 tonne. 
3) Semua harga akan diberitahu. Yup, semua. Transparent cost! Harga untuk minyak, tol, pekerja dll akan dilistkan. 
4) Proceed detailkan alamat
5) Proceed tambah extra service 
6) & Settle. Senang ye dak?

Selain itu, JustLorry juga bagi peluang untuk mana mana companies untuk bekerjasama. Kepentingan customers dan partners diutamakan beb.

Korang kena dengar interview pasal JustLorry ni. Semua details diberitahu. Apa yang aku tulis ni cumalah picisan karya blogger yang lemah kuikui T.T

Boleh email, call dan whassap. Boleh jenguk Facebook tapi mesti dah ramai tak main FB macam aku an so bolehla ushar Instagram

Semoga bermanfaat :) Bye people! 

Thursday, May 7, 2015

Diploma Statistik: Sedikit Pencerahan :)

Assalamualaikum bloggers!

Yaaa melampau yaaa sampai satu sem tak update blog. Busy sangat ke? Tak puns. Malas je lebih. Kalau ada masa luang, baik aku berfoya foya sambil stalk instagram ye dak bhahaha.

Ehem. Aku terima beberapa soalan tentang diploma statistik kat ruangan komen/email masa kat u. Mana yang sempat aku balas, aku cuba balas. Mana yang tak sempat balas mintak maap banyak ek ek ek sebab kiteee malas wihihihihi. Kan aku dah cakap, dekat kolej aku malas wkwkwk :P 

Anyway aku akan kumpulkan semua soalan dalam entry ini sebab kebanyakan soalan lebih kurang sama je. Boleh jugak tolong siapa siapa yang nak tahu. So basically entry ni pasal diploma statistik. Tak banyak sangat pun aku tahu sebab baru habis sem 2 kan. Aku tolong mana yang mampu je eh adik-adik.

1) Kerjaya nanti?
- Serious talk aku tak pasti sangat pun nanti boleh kerja apa haha. Bidang kerjaya ni luas, tak terhad. Tapi lecturer stats aku bagitahu, ramai ex-students dia yang kerja kat bank. Boleh jadi pensyarah dan kerja di jabatan perangkaan. Correct me if I'm wrong kalau ada lagi bidang kerja lain. Okay? Harap membantu.

2) Ok tak statistik?
- Siapa minat matematik dan tak suka sains (seperti aku kehkeh), aku rasa boleh go on dengan kos ni. Kalau tak suka dengan nombor nampak no plat kereta pun pening, payah dik non nak belajar haha. Most of the subjects memang kena mengira & hafal formula. Kalau dah minat, In Shaa Allah, rasa senang nak belajar.

3) Ada kat UiTM mana?
- Setahu aku ada tiga UiTM je yang ada kos diploma statistik, Machang, Seri Iskandar & Raub.

*Aku dulu Part 1 sampai Part 3 kat UiTM Machang. Part 4 & Part 5 kat UiTM Raub sebab aku transit je kat Machang tu. Bulan Oktober 2016 habis diploma.

4) Belajar subjek apa? 
Sem 1 - Calculus I (macam add math), Statistics, Account, Economy
Sem 2 - Calculus II, Statistics, Finance

Haaa kan dah bagitahu banyak mengira & hafal formula. Result UPU dah keluar kan korang. Tahniah! Siapa yang dapat statistik tu harap engko jumpa lah ya entry akak ni hahahaha.

P/S: Kalau ada apa-apa soalan, boleh terus tanya kat ruangan komen ya?