Sunday, August 17, 2014

Kehidupan di Universiti.

Assalamualaikum.

Kalau korang nak tau, idola aku dalam dunia blog ialah Fatin Liyana :) Dan bila dia 'berubah', aku rasa aku pon nak ikut langkah dia. Bukan tiru, tapi benda baik tak salah ikut kan? Jadi, aku akan slow-slow edit balik semua post aku sebelum ni. Delete gambar mana yang patut, ubah perkataan mencarut etc. Yelah, kita tak tau yang post post sebelum ni ada orang baca ke kan.

Entry ni pasal kehidupan aku sekarang. Life kat U & sekolah memang lain! Memang susah aku nak sesuaikan diri dulu. Susah tu sampai tahap menangis nangis air mata bercucuran. Bila ingat balik kelakar woi hahahaha nanti aku cerita dalam entry lain pasal MDS. Kena pulak hantar ke Kelantan. Giler aa bila stress takleh balik umah. Main game Minion Rush je yang mampu. Hakikatnya aku main game ni bukan sebab stress je, anytime anywhere anymeeting sebab dah addicted bhahaha.


Kemas rumah

Zaman sekolah - Jujur ni jujur. Dulu aku mana buat kerja rumah. Lipat baju sendiri je. Basuh baju? Tak. Mak yang masukkan dalam mesin pastu sidaikan. Sapu rumah? Tak. Balik balik sekolah je mak dah kemas umah. Padan muka la dik non wei bila kena hidup berdikari.

Dekat U - Basuh baju (except baju bermanik) kena beratur kat mesin. Walaupun kena beratur ikut turn, bila takde orang, aku sailang je wkwkwkw. Sapu bilik kadang kadang sebab kitaorang takde penyapu haha.

Homework

Zaman sekolah - Dulu nak ke tak nak ke, kena buat jugak homework.

Dekat U - Ikut suka sendiri nak buat ke tak nak. Tapi aku memang buat nota. Sebab aku jenis ingat apa yang aku dah tulis. Tapi takdelah ingat semua, at least paham. Nak refresh balik apa yang madam ajar dua minggu lepas pon otak aku terketaq-ketaq apatah lagi yang dah dua bulan lepas.


Buku nota yang sedang berjasa, beli kat Tesco. 

Makan

Zaman sekolah - Mak masakkan k. Apa anak anak dia mintak, mak masakkan.

Dekat U - Ko pandai pandai hidup cari makanan. Asyik asyik ulang makanan yang sama. Sampai haritu aku rasa makan maggi lagi sedap daripada makan nasi. Rasa macam nak request je kat makcik kedai masak dengan penuh kasih sayang boleh tak mesti sedap sikit. 

Duit 

Zaman sekolah - Dulu belanja seminggu RM20. Masa rehat lapor makan, tak lapor tak makan. Lagipun aku dah biasa makan sikit sebab aku koperasi kan dulu. Selalu makan biskut je lepas menghadap budak budak yang kengkadang meminta pelempang lol. Balik umah terus lari pecut (tipu) makan nasi. Kalau keluar jalan jalan selalu parents yang bagi duit.

Dekat U - Duit mengalir laju bak air terjun. Baru keluarkan duit dah nak habis. Minggu lepas keluarkan, minggu ni dah nak habis. Ni rasa nak fitnah ada pencuri ni padahal tanpa sedar aku yang pi beli novel & selalu beli biskut :')

Orait. Sampai sini dulu beb hehehe semalam birthday aku. Alhamdullilah 18 tahun dah. Abah bagi gambar ni dan aku rasa sebak T.T


Hahahahaha well dari kecik memang tak suka amik gambar maafkan saya.

First time tak sambut birthday. Sedih giler okay. No bukan sebab tak sambut tapi sebab tak berada di sisi, sebelah mahupun tepi mak & abah. Setiap tahun abah mesti beli kek & order pizza. Mak pulak masak makanan yang sedap sedap hmmmmm. Ok cukup. Bye... Bye~