Tuesday, May 27, 2014

Persediaan Ke UiTM: List Barang

Assalamualaikum.

Wa rasa ni post wa yang terakhir sebelum wa melangkah ke universiti. Walaupun wa tengah kecewa pasukan Malaysia kalah Piala Thomas tapi takpelah sudah takdir. Wa bangga jugak sebenarnya dengan semua pemain terutama sekali Chong Wei Feng sebab dia cute. Takpelah yang penting Malaysia sudah buat yang terbaik! 

Ok semua. Disebabkan aku rasa aku sangat terhutang budi dengan akak akak yang pernah buat entry pasal list keperluan ke u, aku pon nak buat jugaklah. Perasaan berterima kasih tu tak dapat nak diungkapkan. Nanti boleh tolong adik adik yang nak masuk u. Dan kalau ada list barang aku yang tercicir, mohon bagitau ek. Let's go!



-Tuala
-Tuala kecil untuk lap muka 
-Kain batik

-Bakul kecik nak isi toiletries
-Berus gigi
-Ubat gigi
-Cotton buds
-Tisu
-Sapu tangan kot kot otw ke toilet bersin pulak kan kahkah 

-Sabun cecair basuh baju
-Sabun serbuk basuh baju
-Sabun buku basuh baju sampai tiga jenis beli beriya haha
-Berus basuh baju
-Sabun badan buy 1 free 1 jimat weh jimat
-Syampoo 
-Sabun basuh pinggan
-Span basuh pinggan

-Baldi aku beli 2
-Tong sampah
-Gayung sebab tak tau toilet dia gimana so beli aja deh

Barang dia campur campur sorry so korang harus kuatkan mental okeh. Aku malas upload satu satu nanti blog aku lembap. Tiada siapa suka blog yang lama gila loading pastu terus exit bhahahaha.


-Pad, aku rasa selamat pakai yang ni
-Pantyliner
-Cermin nak letak kat meja 
-Suratkhabar (tak penting)
-Plastik sampah 
-Pewangi almari serius yang Glade tu wangi giler, yang hijau tu ada orang jual rumah ke rumah, 3 RM10 ke 4 RM10 haha dah dah fokus


-Seterika 
-Sarung cadar dan sarung bantal. Bantal pon aku bawak tapi tak tunjuk la sebab buruk hahah
-Selimut beli kat Giant yang selesooo. Buat gulung gulung sebab kawan ajar. Dapat jimatkan ruang. Hipotesis diterima! 

-Hanger
-Hanger bulat nak sangkut benda alah kecik jangan tanya apa benda aku sekeh kang
-Pengepit baju
-Tisu lagi sebab iolsss setiap pagi bersin

-Sejadah
-Telekung aku bawak dua. Satu lagi warna putih. Kalau basuh ada spare. 
-Al-Quran 
-Surah Yaasin
-Spek mata ya ya aku pon baru tau aku rabun kekekeke

-Biskut biskut dan gula gula
-Air mineral
-Botol air, takde dalam gambar tapi rasa macam dah amik gambar tapi takde pulak ah nvm

Aku tak beli milo ke nescafe ke sebab aku tak suka minum air panas. Maggi pon aku tak beli sebab nak kurangkan makan. Jadi aku tak belilah water heater. 

*Silap besar tak beli water heater haha sebab water heater sangat berguna untuk buat air masak. Takkan nak beli mineral setiap hari. Acah je tak beli maggi. Bila lapar, cari tu jugak. Milo? Nescafe? Aku selalu cicah biskut. Hehehehe.


-Tempat letak baju kotor
-Tisu basah tisu lagi yang ni takde motip saja beli
-Sewing kit
-Payung
-Pinggan mangkuk mug sudu garfu padahal tak beli pon maggi or air untuk dibancuh hehe dah nama pon pinggan adalah gunanya nanti tu


-Buku nota & alat tulis
-Fail
-Padlock 
-Penyangkut dinding
-Extra stationeries bubuh dalam singa ni. Pemadam pon lebih sampai 4 nak letak mana
-Test pad, kertas graf hentam saja la, kertas A4


-Alat tulis
-Suasana didalam pensel box. Suasana k.
-Klip kertas banyak banyak sebab RM5 je beli kat Giant haha!
-Ubat ubatan (panadol, panadol soluble, plaster, minyak angin, eye mo, minyak yuyi etc) *Minyak yuyi katanya tak halal ek? So aku dah buang.
-Ketip kuku, aku tak pandai pakai yang kecik punya


-Kerongsang dan pin
-Barang peribadi perempuan simpan dalam satu bekas. Cantik kan bekas dia weehee

Dan untuk pakaian, takyah amik gambar la sebab aku ada masalah sikit hm hm iaitu aku MALAS wkwkwkwkw :P List pakaian bawah ni yang aku bawak.

-Baju kurung, jubah
-Baju blaus 
-Kain
-Seluar slack
-Seluar track
-Tshirt
-Baju & seluar tido
-Pakaian dalam (inc. inner baju, kain dalam, stokin, handsock etc)
-Cardigan
-Tudung 
-Tshirt putih (MDS)
-Baju kurung putih dan kain hitam (MDS)
-Selipar tandas
-Selipar dalam bilik
-Kasut sukan
-Kasut ke kelas

Tu je kot hehe. Gadget sume aku tak bawak lagi. Henfon ngan charger je. Barang semua dah settle. Tinggal dokumen dokumen je. Minggu ni nak duduk umah. Mintak mak masak lauk-lauk favourite haha. Balik kampung jap jumpa sedara. Hari sabtu nak gerak Kelantan dah. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan selamat In Shaa Allah. Assalamualaikum ;)

Thursday, May 15, 2014

Apa Itu Bookurve?

Assalamualaikum.

Siapa sini suka membaca? Ada satu berita baik
Suka baca novel Bahasa Inggeris? Ok dua berita baik dah. 
Selalu pilih buku berjam-jam sampai lenguh kaki? Berita baik yang ketiga.
Kedai buku jauh dari rumah? Berita baik lagi.

Beli buku online je boleh tak Cik Amira yang budiman? Kahkah. Yes! Ini berita baik kepada semua berita baik. www.bookurve.com adalah penyelesaian yang dicari. (Serius ayat aku mintak lempang bertubi tubi tapi abaikan ajelah ek)

Bookurve ni kedai buku online yang jual buku untuk galakkan rakyat Malaysia membaca. Banyak pilihan buku yang engkorang boleh pilih sebab sesetengah buku dia, kedai buku lain tak jual. Korang pon boleh usyar buku depan komputer je. Takyah berat berat bawak buku balik rumah. Penghantaran pon percuma. 

Taip je buku apa yang korang nak. In Shaa Allah ada :)

Haa cepat cari genre mana korang mau.

Klik buku mana korang nak. Boleh tahu harga ngan baca sinopsis. Simple! Pastu add to cart then boleh proceed untuk proses pembayaran ;)

Walaupun aku banyak baca novel Bahasa Melayu, sekarang tengah belajar belajar baca novel Bahasa Inggeris. Boleh tambahkan vocabulary tak gitu. Buku kat sebelah tangan, sebelah lagi pegang phone untuk Google Translate. Takde hal lah, asal boleh tambah ilmu. Boleh baca artikel dari The Star - BOOKURVE

Bubye beb happy shopping beb enjoy your reading beb toodles beb.

Monday, May 12, 2014

Persediaan Ke UiTM.

Assalamualaikum.

Ye, selepas melalui minggu yang mendebarkan akhirnya result UPU pon keluar. Dari 4/5, aku hantar mesej kat UPU bila nak keluar result. Belum dibuka, belum dibuka habis kredit mak aku seringgit lebih beb. Hari jumaat tu baru UPU hantar mesej, boleh semak pukul 12 tengahari 10/5. 

Waktu yang dinanti. Aku hantar mesej memang lambat giler la cite dia nak balas kan. Cek guna komputer lagilah, jangan ditanya. Difitnahnya laman web UPU tu tak wujud. Kuranghajar betul bhahaha. Pastu bukak link yang kawan bagi kat group whassap kelas. Tak hang pon. Nervous weh sebab ramai kawan aku tak dapat. Cuak gwa beb. Kalau aku tak dapat gimana. Peh siyes berpeluh peluh aku walaupun duduk bawah kipas.


Watlek lesen Kaspersky dah expired kahkah.

Aku bukak guna phone so font dia memang kecik masatu. Benda first aku tengok kos apa. Pastu baru tengok perkataan tahniah. Perangai ibarat bila dapat hadiah, bukak dulu baru cakap terima kasih --' kk tak penting seh.

Alhamdulillah. Dapat pilihan yang ketiga. 

Terus aku tengok Diploma Statistik ni ada kat mana. Ada dua je. PERAK dan KELANTAN. Mampus, sudahlah aku tak pernah jauh ngan family haha _:) <--- Nak buat emoticon macam kat whassap tu. Senyum pastu ada peluh kat kepala tu. Dah kenapa ni lagi tak penting.

So besoknya baru boleh bukak surat tawaran. Mak abah mestilah nak kat Perak, dekat jugaklah kan dari Kelantan.


Hahahahahahahahahahahahahahahah
(perasaan yang tak dapat digambarkan)

Ke Kelantan ke kita? Tapi Alhamdulillah. Rezeki ni. Kat mana-mana pon aku tak kisah sebenarnya asal dapat sambung belajar heee ;) 

Abang abang, kakak kakak boleh tolong kite yang nak masuk alam universiti ni tak? Semua tips kite perlukan (Tak tahu apa apa sebab tak pernah duduk asrama). List barang, cara belajar, cara jaga barang, explain MDS, semualah. Terima kasih! :D