Thursday, January 30, 2014

GIVEAWAY: Siapa Dapat Novel Percuma?

Assalamualaikum.

Ko dah kenapa kan tajuk entry pon nak buat cenggitu haha. Anyway, terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi join giveaway aku yang simple tapi best ni hahahaha. Disebabkan takyah buat entry, aku sendirilah yang gigih ke blog korang sebab kalau tak, takde sape tau aku buat giveaway.

Lepas korang publish komen, aku masukkan nama & email korang dalam list yang aku buat. Kira takde nama yang tercicir ok. Ada yang tak bagi email dan bubuh link blog jugak, aku padam komen korang, tapi jangan risau nama korang still ada lagi. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing sekarang ni.

Ya sekarang. Ok let's berdebar-debar...

Ni dia pemenang yang pertama :)


96) Nur Farizah - farizah_93@hotmail.com

Ni dia pemenang yang kedua :)


64) Nurul Aze Alia - aze_aliaa@yahoo.com

Ni dia pemenang yang ketiga :)


34) Nur Afyqah - fyqahalim@gmail.com

Tahniah! Aku dah email korang. Ha apa lagi balas la woi kahkahkah. Dok aihhh balas secepat mungkin eh. Dan buat peserta lain, terima kasih sekali lagi sebab join. Menang tak menang bukankah adat giveaway hehehehe bukan rezeki ;) Ok tata titi tutu.

Tuesday, January 28, 2014

BookUp: Setiap Ringgit Anda Berharga.

Assalamualaikum.

Lek lek lek lek. Sebelum aku umumkan pemenang giveaway, ada baiknya aku share dengan korang pasal BookUp dulu. Nak umum cepat-cepat pon nak gi mana, Poslaju busy aa untuk Tahun Baru Cina. Tungguuu :P

Ok budak lepasan SPM mesti ada masalah an buku-buku semua nak campak mana. Macam aku la jugak. Dah buang separuh pon ada lagi. Nak buang buku rujukan, sayang der sebab elok lagi. Beli tapi guna untuk setahun je. Nak buat apa buku-buku ni? Apa lagi, BookUp la! Ha tudiaaa ayat. 

Apa manfaat BookUp ni?

1) Korang dapat jual buku dan dapat save duit sikit. Daripada buang macam tu je kan.
2) Korang juga dapat beli buku secondhand dengan murah. Takyah membazir beratus ringgit beli buku baru. Dapat save duit lagi.

Nak jual kat instagram takdak sapa layan kennn hahahaha --' Korang gi je kat web bookup.my

Pastu pilih nak jual buku atau beli buku.

Cara nak jual buku.

Cara nak beli buku. Macam-macam jenis buku ada. Bukan pelajaran je, novel pon ada.


Mudah bukan? Aku pon tengah kawtim ngan kawan-kawan nak jual buku secara berjemaah. Cecah RM200 nanti dia amik kat depan pintu umah. Think about your future, think BookUp! Dunia sekarang, setiap ringgit anda berharga ;) 


Eh jap layan video ni, kalau masih samar-samar dengan apa yang aku tulis. (samar-samar = tak jelas aka tak paham aka tak membantu) ekekekeke.

Friday, January 17, 2014

GIVEAWAY: Siapa Nak Novel Percuma?

Assalamualaikum.


Seperti yang aku dah bagitau dalam entry sebelum ni, aku nak buat giveaway. Dan seperti yang aku dah bagitau jugak, shif aku tak tentu jadi susah untuk aku betul-betul fokus nak buat giveaway yang grand. Jadi, aku decide untuk buat GIVEAWAY NOVEL. 

Sorry kalau ada yang tak minat baca novel. Tapi kalau aku la an, ada orang nak bagi novel free macam tu je, rasa macam inilah giveaway paling best dalam dunia kahkahkah. Dahlah syarat pon senang bro.

Syarat-Syarat;

  1. Followers blog Emira Zaharin (eceh eceh sepak kang!)
  2. Tinggalkan nama & email kat ruangan komen.
3 followers yang bertuah
*Cara pemilihan pemenang secara random. Siapa punya rezeki tu?? :D
*Seorang pemenang, sebuah novel pilihan sendiri.

Amaran;

  1. Jangan tinggalkan link blog korang eh. Aku tak suka komen spam.
Terima kasih! Aku tau giveaway aku tak seberapa sebab aku tak pernah join mana-mana giveaway pon haha :') Giveaway ni pakai duit aku sendiri je, takde sponsor mana-mana pihak, jadi toksah la nak like ke follow ke apa-apa eh. Takyah buat entry sebab aku malas nak check nanti bhahaha. Kalau lebih-lebih pon aku rasa susah aku nak handle. Let it be simple but nice ok?

Sebelum publish komen, baca bismillah dulu ekkk :P Goodluck korang!

________________________________________________

TAMAT

Terima kasih buat semua yang join! :)

Saturday, January 11, 2014

Bhai Bhai Wa Dah Dapat Kerja Bhai.

Assalamualaikum.

Fuh fuh fuh. Bukan tiup habuk okay. Blog wa memang camni, jarang update haha! Ko takyah tiup habuk sangat la. Fuh sebab lega. Alhamdulillah, dah dapat kerja dah :) Sebelum ni mood tak ok sebab resah gelisah hamende la satu call pon tak dapat ni. 

Haa pendekkan cerita je lah eh, aku dapat kerja kat Kenny Rogers TBS. Start 3/1 haritu. Staf ok manager pon ok. Selalu jugak ah kena marah uolss haha tapi aku ni hati batu, dah biasa kena maki masa kat koperasi dulu. Baling tahi pon tembus bro kahkah.

Harini cuti sebab tu update blog beb. Kalau kerja, memang susah nak cari masa. Shif aku ni campak campak je ada pukul 9, pukul 12, pukul 5 la apa la. Takpe, wa redha je la sebab wa pon kuli an an hahahaha.

Ehem, aku rancang nak buat giveaway. Senarnya, masa aku dalam resah gelisah tak dapat kerja tu (baca perenggan pertama balik), aku macam dah pasang niat la, kalau dapat kerja aku akan buat giveaway. Pakai duit gaji aku nanti. Duit gaji first tu hehehehe. Ingat nak share la sikit dengan followers blog ni. Yay or nay?