Saturday, December 28, 2013

Sakit Pulak Hati Kita.

Asssalamualaikum.

Bosan? Yes. Sebab tu duduk depan pc ni nak cari idea update apa ni. Keluar mentol pup bercahaya terus taip kat google 'most annoying things ever in life' pup jom ingat apa benda yang menyakitkan hati trolololol.

1) Cerita yang tergantung

A: bla bla bla sampai tahap klimaks
B: Siapa/bila/mana/kenapa weh?
A: Adalah
B: @#$%^&*! 

2) Orang yang berhenti tengah jalan

Kalau orang jalan lambat, aku tak kesah sangat sebab lepas tu aku potong je kasi dia sentap jalan lambat sangat dah kenapa. Tapi kalau dalam shopping mall bawak troli/stroller baby berhenti tengah jalan. Yang tak bleh blahnya satu family berhenti jugak plak tu. Depan belakang kiri kanan. Nak selit mana ni nak keluar. @#$%^&*!

3) Pekerja yang kwajak

Masuk TBS kedai baju yang first sekali tu. Normal la orang cari baju belek belek dulu, siapa tak sayang duit je nampak terus beli. Baru je pusing pusing situ then pekerja dia cakap

" Nak cari apa ni? Keluar masuk keluar masuk."
@#$%^&*!

Sekian. -Google Images.

Monday, December 23, 2013

Suka Makan? Part II.

Assalamualaikum.

Dah baca entry Suka Makan? Ni Part II dia. Ye jom sambung entry tahun lepas bhahaha. Ye Malaysia kalah lagi ha ha ha sumpah tak kelakar ek --'

Aku rasa aku normal je sebab amik gambar sebelum makan. Orang gila mana mengaku gila ye dak haha sebab wartawan kata tabiat cenggini ada masalah mental kan. Ko ada masalah ke? Why bother? Why bother? Why bother? Haruslah tiga kali baru diva wkwkwkw.

Ok cukup cukup. Aku suka jugak minum air yogurt. Baik untuk penghadaman katanya kan. Tapi aku suka yang air la, yang yogurt asli dalam cawan tu aku tak suka. Muak.

Favourite Yogurt : Bliss, Yeo's 

Yes! Aku suka giler perisa ni. Rasa macam vitagen warna putih. Lebih kurang la tapi lagi sedap. Masalahnya sekarang, perisa ni dah tak jual. Aku cari mana-mana tempat dah takde :|

Donut. Engkorang suka donut? Bukan donut macam cerita Astro Ria tu ew. Donut la. Aku suka Big Apple aiyaiyai. Dunkin Donut tak sedap sangat. Rasa kosong. Jenama lain tak pernah rasa hehe.

Favourite Donut : Big Apple, Donut Coklat Jiran Sebelah (sedap!)

Feveret !!! Semua aku suka semua semua semua wahahaha. 

Yang ni paling suka, aiskrim cornetto. Ofkos la dari Wall's kan.

Favourite Cornetto Flavor : Blackforest, Strawberry Cheesecake

Sorry aku bukan membajet rajin tapi masa SPM dulu, masa memang banyak habis depan buku. Makan aiskrim pon depan buku. Aku pon tak tau apahal aku letak gambar ni. Ni je ada. Kalau Walls punya tak sempat amik gambar der.

Tu diaaa. Coklat wafer. Tak tau la nak describe acane lagi :P

Favourite Chocolate Wafer : Kit Kat, Shark

Sekali lagi. Ghindu pula nak tulis nota bio hehehe. Tapi satu muka surat je la, lebih lebih malaihhh aku.

Asyik makanan ringan je kan. Nanti nanti aku update makanan berat pulak. Tengokla bila haha...

Friday, December 20, 2013

Para Komentar

Assalamualaikum.

Benda first yang aku buat bila bukak dashboard ialah/adalah (sampai sekarang aku tak reti beza hahaha) approve comments. Bila ada orang komen kat entry yang kita buat rasa best sangat sangat sebab tandanya ada orang baca apa yang kita tulihhh ye dak? Lagi best bila orang komen entry yang lepas-lepas sebab dia baca post aku yang dulu-dulu hihi terima kasih :')

Alhamdulillah, komen yang aku terima banyak yang positif positif. So rasa semangat nak update lagi entry lain gituuu. TAPI TAPI TAPI !!! Aku tak approve comments yang bubuh url sekali. Spam. Macam ni;

' Hai. Jom join giveaway saya ni - http://ez-emira.blogspot.com/2013/12/takde-pon-giveaway-acah-je-ni-contoh-eh-contoh-je.html '

Aku pon tak sure komen yang macam mana google nak delete blog penuh dengan komen spam. Tapi, sediakan payung sebelum hujan kan? So aku amik langkah bawa payung ke mana-mana, dengan tak approve comments camni. Kang tak pasal-pasal blog aku kena delete padahal aku bukannya join pon. Nak maki sape nanti hahahaha.

Berbalik kepada komen-komen positif, ada jugak la komen teguran. 


Komen ni aku dah delete, takut spam. Lepas screencapture baru perasan sorry.

Persembahan bahasa acane tu kena baiki? Kasar sangat ke bahasa aku hahah. Tapi memang cara aku macam ni. Takleh la nak tulis baik baik, sebab aku memang begini der. Aku harap korang tak kesah la eh cara aku menulis ok. Tiada originality nanti ;)

Monday, December 16, 2013

Pelik & Entah Hape Hape.

Assalamualaikum.


Memandangkan harini takde bola, bolehlah aku update blog. Sebenarnya takde kena mengena pon. Takde hal harini, jadi update blog. Ye, aku cuma update blog bila aku free dan bila aku nak. Cerita yang betul betul aku nak tulis baru aku share. Benda yang tak best aku tak bagitau sebab aku sendiri tak hingin nak baca nanti. Hahaha adakah itu termasuk dalam tabiat pelik? Anyway, meh aku bagitau beberapa perkara yang aku sendiri rasa aku pelik atau ntah pape. 

Aku suka buat kerja dari belakang. Contohnya kemas umah (sangat rare ye kejadian ini berlaku bhahaha). Normally orang akan kemas ruang tamu dulu baru kemas dapur sume en. Aku akan start dengan kemas dapur dulu instead of kemas ruang tamu. Cuci pinggan dulu baru sapu umah. Bagi aku, benda penting selesaikan last. Kalau benda remeh selesaikan last, aku akan andaikan benda tu kekal 'remeh' dan boleh tangguh dan ended up tak yah la buat. 

Any task yang aku buat, aku selalu start dari page last dulu. Kecuali tajuk depan supaya aku tak lupa dan menyimpang dari tajuk sebenarnya wkwkwk. 

Aku juga suka bau-bauan. Mesti hidu dulu sebelum pakai, macam pencuci muka, sabun Dettol, penyembur Ridsect pon tapi takdela gila aku gi sembur kat muka der. Aku juga suka bau buku-buku baru. Dok tekap muka kat buku dulu baru baca haha! Aku suka masuk kedai buku or stationery! Kengkadang aku saje masuk Power Stationery kat umah aku ni dok pusing-pusing sebab nak bau kedai dia. Ha-ha ha-ha.


Ok buku yang aku beli kat PWTC khamis lepas. Too many love stories la sekarang. Boring do. Sebab tu cari buku Fixi je. Tak pelik kan tak suka buku cinta.


Lagi satu, aku tak tau ni tabiat pelik ke acam angang ekekeke. Tiap kali nak masuk kedai yang ada 'Push or Pull' kat pintu kedai macam 7 Eleven tu mesti wa akan menggelabah. 

'Push pull push pull push pull tarik ke tolak tarik ke tolak kalau push tolak'

Hahahahahaha padahal dah tau push tu tolak, pull tarik. Saje je nak menggelabah. Pastu bila masuk kedai tersengih sengsorang. Maka, cashier lelaki pon perasan aku senyum kat dia puihh wahahaha takde la saje kencangkan cerita. Ok. Hby? Ada tabiat pelik?

Monday, December 9, 2013

Telefon.

Assalamulaikum.

Sejak aku ada Instagram ni, gambar gambar sume stok edit edit. Naik segan pon ada bila dalam gambar muka licin tapi real life punya takdela licin mana. Salah Camera 360 juga kerana tahap editnya melampau. Takpela pasni kat blog aku bubuh gambar tak edit. Selekeh pon takpo la yo ;)

Terpengaruh dengan novel Fixi, tajuk entry pon sepatah je. Boleh tak haha. Selama ni, aku cuma pernah ada dua telefon saja. Tiga la kalau masuk tepon umah. So wa tak heran la dengan pop phone haha dari kecik pakai tepon ganggang wakaka ok peace no hate! 

Tepon first yang aku guna masa darjah 6. Hadiah UPSR. Abah bagi.

Nokia 2600



Gigihla aku nak cari tepon ni kat Google Images sebab tak ingat nama dia apa. Taip Nokia tak jumpa. Tapi Nokia Oren baru jumpa bhahaha. Ntah kat mana dah phone ni sekarang. Ada dalam kotak tapi kat umah ni banyak kotak. VCD cetak rompak pon dah berkotak kotak (jangan bagitau Lisa Surihani, Zizan mahupun Aaron Aziz).

Samsung Galaxy Y



Ni phone hadiah jugak, masa PMR. Bukan aku yang mintak ya, ayah aku yang belikan. Bak kata cikgu, 'perjalanan hidup jadi mudah bila tak menyusahkan mak bapak'. Deep kan? Fikir fikirkan :)

Aku sekarang juga tak suka tengok gambar-gambar orang di Google ataupun artis di Youtube. Tengok means renung mata dorang. Selama ni takde apa je. Haritu la lepas tengok gambar penyanyi memori daun pisang terus aku jadi tak tentu hala. Konon nak dengar la kan lagu apa ni. Aku kalau bukak Youtube semua kalau boleh related videos kat tepi tu hah aku nak bukak.

Pi renung mata, seram weh entah kenapa. Aku tekan butang back back back tak boleh. Aku pon terus tekan la butang hitam tengah tengah tu (rujuk gambar Galaxy Y) nak tutup terus. Lambat giler nak padam, hang phone aku. Dah padam ok pastu tetiba terbukak sendiri gambar tu pastu padam balik. Seram kan weh ketaq lutut ceq -,-

Penat la aku asyik tido/berangan je pastu mimpi bodo bodo ikat tocang rambut orang kaler turquoise tak paham aku, baikla aku gi blogwalking. Kalau bertuah, nampak aku kat shoutbox korang. Kalau lagi bertuah, aku tinggalkan komen wuhu rajin kan aku wahaha see yah :D