Tuesday, July 23, 2013

Juadah Berbuka Yang Engko Suka?

Assalamualaikum.

Haritu masa kelas GPMS Bio, hari ke-6 puasa, geng geng satu meja takleh fokus apa yang cikgu ajar. Siapa ntah yang start cite pasal kuih muih favourite untuk bukak puasa :P Habis meleret sampai habis kelas. Hu ha hu ha aku suka kuih ni aku suka kuih tu haa kuih tu pon aku suka jugak. Eksaited kemahen sume.

Kalau kau tanya aku suka kuih apa (kau tak nak tanya pon takpe, nak cite jugak ok), adalah beberapa kuih ngan juadah berbuka yang aku suka. Maap la yer post gambar makanan. Dah dua minggu puasa, iman sudah kira steady la tu. Macam steadynya berat badan aku turun 3 kg weeheeeee. Tetiba.

Kole Kacang. Start suka tahun lepas. Tak tau apa yang sedap tapi suka sangat kat makanan ni.

Popia basah aku suka. Popia goreng aku tak suka. Mini popia aku suka. Popeye aku tak suka.

Aku pernah hokey gi bazaar semata-mata cari samosa. Tapi kecik giler samosa makcik tu jual. Terus tukar beli karipap sardin. Eh manada keciwa.

Favourite! Favourite! Siapa yang cipta Roti John ni? Nak bagi award haha.

Rasa macam hari hari nak air cendol. Sedap sangat engko tau.

Hihi rajinnya update blog. Gambar diambil di Google Images. Banyak kuih yang aku tak tau nama, tau rupa. Tak tau rupa, tau nama. Jom jom share apa juadah berbuka yang korang suka. 

Saturday, July 13, 2013

Study Mood.

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak koranggg! 

Buat sikit sikit. Slow and steady gitu :) - Google Images. 

Gambar tu, sesuai sangat dengan mood study aku sekarang ni. Baru terhegeh hegeh start buat nota wei hahahaha. It's okay. Aku rasa aku boleh buat. Aku percaya aku boleh buat. Masih belum terlambat. Thank you Allah for giving me the strength :') Dalam bulan kerahmatan ni.

Dapat buku ngan pen ni sempena minggu sains ngan matematik haritu. Dapat idea ni lepas Maghrib 1 Ramadhan haritu heee. Sweet sangat Allah :')

Mana dah study, mana belum. Jauh lagi perjalanan ni...

1) Buat nota ringkas
2) Baca dan fahamkan 
3) Buat latihan 
4) Semak dan fahamkan lagi

Okayyy. Aku rasa aku jarang update blog lepas ni. Murah rezeki kita jumpa hujung Ramadhan atau masa hari Raya. Panjang umur kita jumpa lagi Ramadhan tahun depan tau. Assalamualaikum dear bloggers.

,5 Ramadhan 1434 :)