Friday, June 7, 2013

Ada Orang Tanya: Blogger Sombong?

Assalamualaikum.

20 karangan untuk folio BM aku tak siap lagi. Langsung tak buat sebenarnya. Belum mula menulis lagi. Pen pon baru beli tadi wakakaka. Alang-alang aku dah malas nak menulis tu, baik aku menulis kat blog. Kalau ikot aku, nak je aku bagi kat cikgu 20 entry terbaik kat blog ni (terbaik sangat zzzzz).

Ingat tak entry yang aku dok kencang hebat - Ada Orang Tanya tu. Konon la nak buat entry berdasarkan komen-komen kat entry tu. Dah 2 minggu tak gerak gerak jugak. Ok lah harini aku terasa nak jawab persoalan ini;

" Apa pandangan anda tentang blogger yang sombong? Blogger yang tidak bertegur sapa dengan bloggers baru? "

Aku lupa siapa yang tanya soalan ni sebab dia bagi kat FB. Aku dah bagitau, tanya kat ruang komen blog sebab nanti aku akan lupa punya. Kalau tak, boleh aku letak link blog dia sekali. Soalan pon ada lagi tapi aku ingat tu je.

Menjawab menjawab;

Entah kenapa aku terasa sikit dengan soalan ini wahahaha. Aku sombong ke? Kalau ada yang rasa aku sombong, maaf la yer. Bukan semua orang berblogging dengan niat & cara yang sama. Aku buat blog dengan niat untuk bacaan diri sendiri pada waktu lapang haha. Dan aku update hanya bila aku rasa perlu. Sebab tu jumlah entry kat blog ni sangat sedikit. Selain itu, selalunya aku bukak dashboard hanya untuk approve comments. Tu je. Memang busy dan takde masa. Jadi, silalah ambil diri aku ini sebagai contoh :P

Bukan sombong. Tapi sesetengah bloggers ada yang sibuk. Ada yang jadikan blog sebagai diary. Ada yang memang bukan jenis peramah. Pasal tak bertegur sapa dengan bloggers baru plak, sama la kes dia. Bila dah jarang bukak blog, manala nak tau entry-entry baru bloggers lain kan. Sebab tu jarang bagi komen. Bila jarang komen, orang ingat tak bertegur. Ye ye aku terasa lagi haha. Tapi kalau entry pon penuh carutan, tulisan bersimpul simpul, warna warni, kecik sampai takleh baca, haaaaa awak rasa?

Monday, June 3, 2013

OLEMIRA: Selangorku Sayang.

Assalamualaikum.

5 bulan tanpa OLEMIRA ken... Haha maap ler mood lagi satu dah datang dah. Tahniah la yer Kelantan ngan JDT masok final untuk piala FA. Tapi tak nak cite pasal dorang pon. Lagi lagi JDT sebab kalahkan Selangor haritu huh :P Ye ini entry untuk pemain Selangor. 

Aku asal Selangor tapi dok KL. Baru musim ni minat bola untuk Selangor. Sebab? Ada Mahali Jasuli okeh :) Terus sokong hehe eh macam tak logik sikit. Kalau ada perlawanan Selangor kat TV mesti tengok punya. Pastu baru sedar pemain yang lain lain pon terel.


Norazlan Razali

- Google Images.


I couldn't agree more (ceh betul ke ni) yang Norazlan Razali seorang keeper yang terel di Malaysia sekarang. Banyak save bola kot. Setakat ni Selangor cuma dibolosi 13 kali tau sepanjang 18 perlawanan. Mana aku tau? Eh mestilah tau ;)

Bunyamin Umar

- Google Images.


Respect Bunyamin sebab dia tutup aurat :) Pemain yang penting dalam benteng pertahanan. Haaa tu je lah ha ha ha -___-

Amri Yahyah

- Google Images.


Ini legend Selangor punya. Disenaraikan balik untuk skuad Harimau Malaya. Pemain Selangor antara yang paling banyak dipanggil Rajagopal kali ni. Selangor pulak dah jaringkan 22 gol. Ok siyesly mana aku tau? Adakah aku mencatat jumlah gol dan gol dibolosi setiap perlawanan dalam buku 555? Bukan. Aku bukak new tab ini saje dow -> FASelangor

Bila tengok match Selangor ngan pasukan memane takde ah bosan aku rasa. Penjaga gol, pertahanan, pemain tengah, pemain sayap, penyerang sume ok. Oh ya dekat sidebar sebelah ada jugak selit selit pemain Selangor. Setakat ni views untuk OLEMIRA boleh tahan la. Ada yang 100+ views. Haha ada yang baca rupanya pandangan pasal pemain bola ntah pape aku ni kekekeke :P