Tuesday, October 30, 2012

Bentuk Badan Yang Mana Ek?

Assalamualaikum.

Pagi tadi masa tengah jalan gi skolah, aku nampak ada sorang pelajar ni pakai pakaian sukan. Baju sukan sekolah ngan seluar sukan jenis ketat yang ada line warna warni kat tepi tu hah. Tapi dia pakai seluar tak nampak ketat sangatla sebab bahagian bawah badan dia jenis yang tak besar. Betulla kata orang, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Walaupun bahagian bawah nampak ok tapi part perut tak ok. 

So, untuk tahu pakaian yang sesuai untuk diri sendiri mestila kena tau dulu jenis bentuk badan kita ye dok. Aku pun tak tau dulu dan main hentam je nak pakai baju apa tapi lepas kejadian pagi tadi terus rasa benda ni kena amik tahu. Ehem sebab I perempuan kan, benda yang kecik camni pun nak kena amik tahu.

- Google Images.

Lepas tengok gambar ni, yang no.2 ngan 4 dah totally out dah. Rasa badan aku yang no.3. Rasanya lah. Nampak cam tak lawa tapi JLo pun badan cenggini hahaha. 

- Google Images.

Tapi lepas tengok gambar ni rasa cam bentuk badan jenis hourglass hihi. Aku konfius bro mana satu bentuk badan aku ni. Secara A.S.A.P nya aku gi kat depan cermin dan tengok bentuk badan sendiri haha. Konfiden cam hourglass. Pastu ada terbaca yang kalau lebar bahu ngan lebar bahagian pinggul sama, then bentuk badan adalah hourglass. Tambah lagi 10% konfiden. Tak puas hati lagi, tanya mak sambil tunjuk gambar ni. Mak kata hourglass. Selalunya mulut mak kan betul so yeah hourglass la bentuk badan I wahahaha.

- Google Images.

Lagi jelas kalau tengok gambar ni. Kalau tak jelas lagi, tak tau lah. Bagi yang tak tau lagi canneh nak tau bentuk badan, ada tips ni. Sorry ek tuan pemberi maklumat, tak perasan dari mana amik sebab bukak banyak sangat new tab.

Cara-Cara;
  1. Ambil pita pengukur. Kalau takde pakai pembaris. (haha lawak ah tu?)
  2. Ukur bahagian bahu.
  3. Ukur bahagian pinggang. Ambil kiraan paling kecil pastu bahagikan 2.
  4. Ukur bahagian pinggul. Ambil kiraan paling banyak pastu bahagikan 2.

Result;
  • Kalau bahagian bahu paling kecil dan bahagian pinggul paling besar, bentuk badan ialah PEAR.
  • Kalau bahagian pinggang yang paling besar, bentuk badan ialah EPAL.
  • Kalau bahagian bahu dan pinggul sama, bahagian pinggang kecil, bentuk badan ialah HOURGLASS.
  • Kalau bahagian bahu, pinggang, pinggul lebih kurang sama, bentuk badan PERSEGI la jawabnya.

Done. Mine is hourglass. Tengok cermin je dah boleh tau dah sebenarnya. Tapi kalau nak tepat n puas hati, ukur la.

Entry ni bukanlah bermaksud aku obses dengan bentuk badan sendiri. Untuk pengetahuan aje. Dah namanya perempuan kan, kadang-kadang benda remeh camni pon boleh buat jadi happy. (like me, haha) Tapi walau cemane pun bentuk badan kita, kita kena tutup aurat, bukan balut aurat, kan? :)

Wednesday, October 3, 2012

Berangan Tak Sudah.

Assalamualaikum.

Teja: Weh, kau suka berangan tak?
Aku: Suka. Aku tengah berangan lah ni.
Teja: Eh sama!

Ya aku memang suka berangan. Azimah pon. Sebab tu ah dua-dua tak guna nama sebenar dalam blog wakaka berangan famous. 

Aku rasa tahap aku suka berangan ni dah tahap kritikal seh. Berangan yang dok berimaginasi benda yang tak logik pon. Anytime anywhere aku suka buat. Sebelum tido memang wajib lah haha. Dah baring atas katil pukul 11, pukul 1 atau 2 baru tido. Lama gila kot. Sebab an, bila dah jadi satu crita imaginasi, lepas tu rasa cam tak best plak, so start dari mula balik berangan tuh wahahaha bahagia bahagia :D Kadang-kadang kalau dah bangun pukul 6 pagi, 6.30 baru aku gi mandi. Bila bangun, eh sampai mana eh cite semalam, jap ah nak sambung. 

Aku juga suka berangan masa tengah berjalan. Nak gi skolah, balik sekolah, sume tempat kalau aku tengah berjalan. Kalau jalan sengsorang la, tapi kengkadang bila jalan ngan kawan-kawan pon diam je. Aku tengah fokus berangan masa tu ekekeke. Dalam kereta pon boleh jadi. That's why la aku suka duduk tepi dalam kereta, bukan tengah. Nak tersengih-sengih je pon senang tau.

Selalunya aku kena ada lagu untuk berangan. Baru ah best :D Tapi dalam kelas pon tabiat ni tak boleh nak dielak. Kelas Bio memang jadi fav. Berangan masa belajar bio, mana tak dapat result E weh. Tak tau la kenapa time bio je. Mungkin sebab takde latihan dalam kelas, cikgu jenis yang bercerita masa mengajar, aku pun buat la cerita sendiri. Eh eh kuajo budak ni hehe.

Aku tak tau kenapa aku suka buang masa kat benda tak berfaedah ni. Mungkin sebab happy kot. Ye ah kalau dalam berangan pon nak buat cite sedih baik kau gi belajar fizik wakakaka.

Btw, minggu depan dah start final exam. Ah tensen aku. Siang tadi je la aku tensen, lepas buat jadual study tuk exam, ok sudeh. Kiranya aku ni tak study last minute sangat lah, sebab study awal 5 hari :P



Pekse sampai 30/10. Berdasarkan jadual study yang aku buat, 27 hari berturut-turut aku kena ngadap buku. Tapi bila buat camni, nampak la hari ni nak belajar apa, esok nak belajar bab berapa. Takde ah semak otak. InsyaAllah, aku akan blajar ngan jawab pekse leklok. Takde berangan-berangan dah, ehemm sebelum tido je buat lagi. Ngehngeh :)