Saturday, March 31, 2012

Mimpi. Ehhh?

Assalamualaikum.

 " Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka. "

Orang kata mimpi tu mainan tidur. Orang kata mimpi tu benda yang takkan berlaku dalam kehidupan sebenar. Orang kata mimpi tu ramalan tentang masa depan. Orang kata biar mimpi sampai ke bintang. Ekekeke :)

Dalam banyak-banyak mimpi, aku paling tak suka mimpi makanan sebab nanti bila tersedar rasa kepala macam terhantuk. Dahlah makanan tak dapat rasa. Terkejut plak tuh. Ishhh benci.

Kebanyakan mimpi aku macam perkara remeh-temeh yang aku ambik kesah 2 saat jeh masa aku dalam keadaan sedar. Benda yang aku obses gila tak plak muncul-muncul. Macam pemain bola sepak ke kan. Dalam mimpi, kita jadi kawan pun jadilah wakaka.

Tak tau lah kan apa makna sebenar mimpi. Dah nama pun mimpi. Tak kesah lah. Mimpi je pun. Kalau mimpi gembira, gitau orang. Kalau mimpi buruk, duk diam-diam. 

Patutnya masa tidur kita nak bagi otak kita relaks. Ni bila mimpi buruk tak ke lagi tensen kepala otak? Bangun plak waktu tengah malam. Kan dah tak boleh tidur. Terbayang macam-macam haha dah padan muka.

Tuesday, March 13, 2012

Novel.

Assalamualaikum.

Sebagai seorang gadis remaja yang nerd tapi cool suam-suam kuku sebab aku hot-tempered, jadi cuti penggal ni haruslah diisi dengan membaca novel :)

Minggu lepas aku gi beli novel kat Jalan TAR. Alang-alang beli buku latihan, beli sekali novel kat situ sebab Gramedia kat The Mines dah tutup sobb sobb. 

First time woi beli novel cinta. Selama ni aku beli buku remaja yang comel-comel je kan. Terbitan PTS. Lagi satu sebab cover dia lawa. Adakah anda tahu bahawa novel-novel yang aku beli adalah kerana ilustrasi muka depannya cantik-cantik?

Novel pertama. Aku ada masalah sikit ngan novel ni. Asyik cakap bahasa Brunei jeh (Brunei kot). Wei aku tak faham !!!


Novel kedua plak aku rasa dah lama keluar. Kat Jalan TAR harituh aku rasa nih je lah buku remaja PTS, tambahan plak cover dia macam kayangan gitu, so beli. 

Satu lagi sebab aku suka baca novel, dapat berangan. Novel-novel cinta kebanyakannya pasal kahwin kan. Kalau novel remaja yang comel-comel ada macam-macam situasi ngan watak. Budak sekolah ada, pelajar U ada, pekerja ada. So pilih kau nak berangan watak yang mana. Hehehe. PTS macam-macam ada. Gambar cover dua novel ni diambik kat Google Images & PTS.

Sebelum tidur, baca novel dulu. Pastuh sambung berangan kan kan...

Sunday, March 11, 2012

Hi. Intro Please. (Facebook Sangat)

Assalamualaikum.

Ini blog aku yang serius. Tolong baca dengan nada yang serius. Aku Nursyahirah Amirah binti Zaharin. Panggil aku Emira Zaharin sebab kat dunia realiti takde sape pun nak panggil aku Emira. 

Aku mula berblogging pada awal tahun 2010. Banyak jugak blog aku sebelum nih. Yang kena delete ada, lupa password ada, tukar link pun ada. Blog sebelum ni, tidak digunakan lagi atas sebab-sebab yang tertentu. Sedih tau bila tinggalkan blog tu. Banyak kenangan wut. 

Akhir kata, selamat datang ke blog baru aku :) Kalau korang perasan, blog ni macam blog lama. Aku tak nak ahh tukar semua. Sebab aku masih Emira Zaharin yang lama. (Eceh ayat)