Thursday, May 5, 2016

Tips (kut?) Ambil MUET.

Assalamualaikum.

Hi. Bila jadi budak U ni waktu paling best wa takleh tipu la yang masa cuti sem la waktu paling heaven dia. 6 minggu tak yah pikir apa kecuali pasal result exam huhu. 3 minggu dah cuti, setiap hari aku dibazirkan dengan melayan movie. Mostly memang cerita Korea je aku tengok lagi lagi yang sedih. Syok bai boleh menangis sorang sorang haha (I'm an introvert btw). Tapi aku tengok movie je tak layan drama. 

Hari demi hari berlalu tiba tiba masuk satu mesej di group whassap. Mesej apakah ini ececece tak suspens pun. Mesej pasal waktu result MUET akan keluar. 5 Mei. Ok lah lambat lagi. Tapi lantas tersedar 'Eh, dah bulan 5 ke eh sekarang? Hari ni hari apa? Berapa hari bulan? (Cek kalendar kat phone) Eh, tulat?' <--- Konfliks dalaman yang berlaku beberapa hari yang lalu. Masalah bila tak yah pikir apa, hari dan tarikh pun tak tahu.

Jujur la aku target untuk dapat Band 4 sebab untuk kos aku (CS), lecturer cakap kalau nak lepas dip kena Band 3, nak lepas degree kena Band 4. Walaupun boleh repeat tapi RM100 kut, maka ayuhlah buat sehabis baik.

Ini ada beberapa tips aku listkan untuk ambil MUET berdasarkan pengalaman aku. Kalau tak sama dengan pengalaman engkorang mahupun kawan engkorang jangan bash pulak entry aku ni. Sudahlah menaip satu sem satu entry T.T

1) Buat MUET awal

In case tak lepas (doa agar tidak), kau boleh buat lagi. Kalau buat lambat, katakanlah tak lepas. Kawan kawan dah sambung degree tapi kau tak boleh. Sebab? MUET tak capai tahap minima. (Kisah benar ya lecturer aku bagitahu)

2) Daftar sama-sama dengan kawan

Weh ni serius. Aku plan daftar dengan roommate aku sebab kakak dia kata kalau daftar sama, dapat buat speaking test sama-sama. So kitaorang masa daftar depan PC masing masing, ber OTP " Ok get set ready ready 1 2 3 click! (dialog tipu je kut) " Bila dapat no angka giliran memang happy la sebab dia no20, aku no19. Kebetulan pulak no17 & no18 tu classmates kitaorang. 

Masa hari speaking test, kitaorang semua satu group. Satu sesi 20 orang & kitaorang group terakhir. Memang bersyukur beb i) Nervous kurang sebab dapat buat dengan orang yang kita kenal, ii) dapat bincang turn siapa nak cakap siapa nak agree dengan aku walau-apa-jua-cara-sekalipun nanti masa time discussion.

3) Speaking test, cakap slow slow

Practice dulu kat bilik dengan kawan dalam masa 2 minit nak cakap apa. Intro macam mana, berapa saat, penutup berapa saat. Ada markah tau untuk introduction & conclusion. Bila real test cakap slow-slow. Gempak macam mana pun idea mencurah-curah, tapi kalau tak sampai 2 minit, tolak markah. Sudahlah cakap laju, nanti bila group discussion ah sudah kawan kau pun tak faham point kau tadi. Nama pun group discussion, jangan conquer sorang pulak.

4) Reading test, writing test & listening test

Yang ni memang kena banyak practice. Bukan sehari sebelum exam bagai nak gila buat berbuku buku set latihan. Tapi perlukan long term punya practice. Focus more on reading test, banyak markah oi situ. Aku masa reading test mengantuk namatey sampai tak tahu lah aku bulatkan ke lukis patsegi ke kat kertas jawapan lantak pi haha.

Sekian tips hehe. Aku takdelah pandai mana dapat band 4 je Alhamdulillah tapi ilmu yang boleh dishare, I kongsi je. Byeee!

2 comments :

  1. tahniah sis..lama sis tak update blog

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat band 4 :))

    Thanks bagi tips sbb saya ambik muet julai ni T.T

    ReplyDelete