Thursday, May 7, 2015

Diploma Statistik: Sedikit Pencerahan :)

Assalamualaikum bloggers!

Yaaa melampau yaaa sampai satu sem tak update blog. Busy sangat ke? Tak puns. Malas je lebih. Kalau ada masa luang, baik aku berfoya foya sambil stalk instagram ye dak bhahaha.

Ehem. Aku terima beberapa soalan tentang diploma statistik kat ruangan komen/email masa kat u. Mana yang sempat aku balas, aku cuba balas. Mana yang tak sempat balas mintak maap banyak ek ek ek sebab kiteee malas wihihihihi. Kan aku dah cakap, dekat kolej aku malas wkwkwk :P 

Anyway aku akan kumpulkan semua soalan dalam entry ini sebab kebanyakan soalan lebih kurang sama je. Boleh jugak tolong siapa siapa yang nak tahu. So basically entry ni pasal diploma statistik. Tak banyak sangat pun aku tahu sebab baru habis sem 2 kan. Aku tolong mana yang mampu je eh adik-adik.

1) Kerjaya nanti?
- Serious talk aku tak pasti sangat pun nanti boleh kerja apa haha. Bidang kerjaya ni luas, tak terhad. Tapi lecturer stats aku bagitahu, ramai ex-students dia yang kerja kat bank. Boleh jadi pensyarah dan kerja di jabatan perangkaan. Correct me if I'm wrong kalau ada lagi bidang kerja lain. Okay? Harap membantu.

2) Ok tak statistik?
- Siapa minat matematik dan tak suka sains (seperti aku kehkeh), aku rasa boleh go on dengan kos ni. Kalau tak suka dengan nombor nampak no plat kereta pun pening, payah dik non nak belajar haha. Most of the subjects memang kena mengira & hafal formula. Kalau dah minat, In Shaa Allah, rasa senang nak belajar.

3) Ada kat UiTM mana?
- Setahu aku ada tiga UiTM je yang ada kos diploma statistik, Machang, Seri Iskandar & Raub.

*Aku dulu Part 1 sampai Part 3 kat UiTM Machang. Part 4 & Part 5 kat UiTM Raub sebab aku transit je kat Machang tu. Bulan Oktober 2016 habis diploma.

4) Belajar subjek apa? 
Sem 1 - Calculus I (macam add math), Statistics, Account, Economy
Sem 2 - Calculus II, Statistics, Finance

Haaa kan dah bagitahu banyak mengira & hafal formula. Result UPU dah keluar kan korang. Tahniah! Siapa yang dapat statistik tu harap engko jumpa lah ya entry akak ni hahahaha.

P/S: Kalau ada apa-apa soalan, boleh terus tanya kat ruangan komen ya?