Wednesday, November 12, 2014

Diploma Statistik: Result Sem 1.

Assalamualaikum.

Masa minggu MDS dulu bersungguh-sungguh nak buktikan aku masuk u ni nak buat yang terbaik. Target nak dekan tanda tak sia-sia jauh dari family haha puih emosi. Beriya. Nampak macam kental giler tapi tak ya.

Tapi Alhamdulillah belajar best! Lecturer semua best, mudah faham. Classmates tak kedekut ilmu. Roommates pon pandai sampai gadoh gadoh bila mengajar hahahahaha beb tak lupa blur masing masing! Jiran bilik statisticiansku yang selalu menjadi tempat penyinggahan tanya soalan calculus dan akaun (serta tempat cari makanan) Terima kasih weh korang walaupun aku tahu blog ni korang tak tahu pon wujud kahkah.

Okay jadi result.

Alhamdulillah. Bukan nak riak tau. Rasa nak usaha lagi. Dapat bagi result yang baik kat mak abah yang dah keluar duit hantar belajar :') Nak terima kasih jugak dekat akak abang bloggers yang bagi tips dulu. 

Semoga istiqamah belajar sem depan!