Wednesday, February 19, 2014

Suka Tak Suka Apa Ada Hal.

Assalamualaikum.

Aku ni jenis kalau tak suka, memang tak suka terus. Tapi kalau suka, aku akan buat sehabis baik. Ibarat sanggup tahan panas asal hasil kawad cantik tapi jawab pertandingan kuiz sambil lewa agar tak naik ke atas pentas hm paham wkwkwkw.

Tapi apa yang buat aku bengang bila orang tak respect minat aku. Dah aku suka, nak buat camne kan. Dah aku tak suka, asal kau nak pertikaikan. Betapa sakitnya apa yang ku rasa, Tuhan kuatkanlah hati ku yang terluka. Takde aa terluka. Tak main aa luka luka ni. Jiwa kental bak ang. Apa jadi kalau semua orang minat benda yang sama? Semua keluar pakai jeans hitam baju hitam tudung merah? Semua pakai outfit kenny rogers weh ecececeh.

Aku takde hak nak cakap nape kau tak suka baca buku fixi tapi kau suka baca novel cintan cintun. Kau pon takde hak nak mengata asal aku tak suka baca novel cinta, asyik layan buku fixi. Sebab apa? Sebab apa yang aku suka dengan apa yang kau suka tu lain. Minat kita lain. Pendapat kita lain. Cara pikir kita lain. Mungkin kau suka cerita sweet happy ending tapi aku suka cerita yang ajar aku pasal kehidupan kat luar sana. Meningkat dewasa dah kateko.

Fesyen pulak. Katakanlah aku dok kutuk asal t-shirt kau terang menyala, gi pasar malam pon pakai kaler neon pa citaaa kan. Tapi kau pon dok kutuk dah kenapa gi beli tau fu fa pon nak pakai maxi dress siap belt. Eh lantaklah. Takkanlah semua orang nak keluar umah kena pakai fesyen yang sama? (Aku tak gi pasar malam pakai maxi dress eh, harap maklum kehkeh)

Aku terus terang je apa yang aku rasa. Suka cakap suka. Tak suka cakap tak suka. Tapi bukan sampai kutuk apa yang aku tak suka. Kalau aku kutuk, kau pulak yang bengang. Kau suka tak apa yang aku tulis ni sebab aku macam tak suka plak pening bhai kahkah.

Aku cakap terus je. Bukannya bila orang offer roti Kings, amik sebab cakap suka konon nak jaga hati tapi belakang belakang bagi kat orang lain. Baik aku tak amik dan kau akan tahu yang aku tak suka benda alah tu. Jadi, kau tak akan offer lagi dan ambik inisiatif untuk berikan aku Big Apple. Contoh. Contoh.


Ada Nur di wajahku la kerana selalu jujur bhahahahaha isk pentipu. Haip silau ni. Hormati minat orang lain ok! :)