Saturday, December 28, 2013

Sakit Pulak Hati Kita.

Asssalamualaikum.

Bosan? Yes. Sebab tu duduk depan pc ni nak cari idea update apa ni. Keluar mentol pup bercahaya terus taip kat google 'most annoying things ever in life' pup jom ingat apa benda yang menyakitkan hati trolololol.

1) Cerita yang tergantung

A: bla bla bla sampai tahap klimaks
B: Siapa/bila/mana/kenapa weh?
A: Adalah
B: @#$%^&*! 

2) Orang yang berhenti tengah jalan

Kalau orang jalan lambat, aku tak kesah sangat sebab lepas tu aku potong je kasi dia sentap jalan lambat sangat dah kenapa. Tapi kalau dalam shopping mall bawak troli/stroller baby berhenti tengah jalan. Yang tak bleh blahnya satu family berhenti jugak plak tu. Depan belakang kiri kanan. Nak selit mana ni nak keluar. @#$%^&*!

3) Pekerja yang kwajak

Masuk TBS kedai baju yang first sekali tu. Normal la orang cari baju belek belek dulu, siapa tak sayang duit je nampak terus beli. Baru je pusing pusing situ then pekerja dia cakap

" Nak cari apa ni? Keluar masuk keluar masuk."
@#$%^&*!

Sekian. -Google Images.

Monday, December 23, 2013

Suka Makan? Part II.

Assalamualaikum.

Dah baca entry Suka Makan? Ni Part II dia. Ye jom sambung entry tahun lepas bhahaha. Ye Malaysia kalah lagi ha ha ha sumpah tak kelakar ek --'

Aku rasa aku normal je sebab amik gambar sebelum makan. Orang gila mana mengaku gila ye dak haha sebab wartawan kata tabiat cenggini ada masalah mental kan. Ko ada masalah ke? Why bother? Why bother? Why bother? Haruslah tiga kali baru diva wkwkwkw.

Ok cukup cukup. Aku suka jugak minum air yogurt. Baik untuk penghadaman katanya kan. Tapi aku suka yang air la, yang yogurt asli dalam cawan tu aku tak suka. Muak.

Favourite Yogurt : Bliss, Yeo's 

Yes! Aku suka giler perisa ni. Rasa macam vitagen warna putih. Lebih kurang la tapi lagi sedap. Masalahnya sekarang, perisa ni dah tak jual. Aku cari mana-mana tempat dah takde :|

Donut. Engkorang suka donut? Bukan donut macam cerita Astro Ria tu ew. Donut la. Aku suka Big Apple aiyaiyai. Dunkin Donut tak sedap sangat. Rasa kosong. Jenama lain tak pernah rasa hehe.

Favourite Donut : Big Apple, Donut Coklat Jiran Sebelah (sedap!)

Feveret !!! Semua aku suka semua semua semua wahahaha. 

Yang ni paling suka, aiskrim cornetto. Ofkos la dari Wall's kan.

Favourite Cornetto Flavor : Blackforest, Strawberry Cheesecake

Sorry aku bukan membajet rajin tapi masa SPM dulu, masa memang banyak habis depan buku. Makan aiskrim pon depan buku. Aku pon tak tau apahal aku letak gambar ni. Ni je ada. Kalau Walls punya tak sempat amik gambar der.

Tu diaaa. Coklat wafer. Tak tau la nak describe acane lagi :P

Favourite Chocolate Wafer : Kit Kat, Shark

Sekali lagi. Ghindu pula nak tulis nota bio hehehe. Tapi satu muka surat je la, lebih lebih malaihhh aku.

Asyik makanan ringan je kan. Nanti nanti aku update makanan berat pulak. Tengokla bila haha...

Friday, December 20, 2013

Para Komentar

Assalamualaikum.

Benda first yang aku buat bila bukak dashboard ialah/adalah (sampai sekarang aku tak reti beza hahaha) approve comments. Bila ada orang komen kat entry yang kita buat rasa best sangat sangat sebab tandanya ada orang baca apa yang kita tulihhh ye dak? Lagi best bila orang komen entry yang lepas-lepas sebab dia baca post aku yang dulu-dulu hihi terima kasih :')

Alhamdulillah, komen yang aku terima banyak yang positif positif. So rasa semangat nak update lagi entry lain gituuu. TAPI TAPI TAPI !!! Aku tak approve comments yang bubuh url sekali. Spam. Macam ni;

' Hai. Jom join giveaway saya ni - http://ez-emira.blogspot.com/2013/12/takde-pon-giveaway-acah-je-ni-contoh-eh-contoh-je.html '

Aku pon tak sure komen yang macam mana google nak delete blog penuh dengan komen spam. Tapi, sediakan payung sebelum hujan kan? So aku amik langkah bawa payung ke mana-mana, dengan tak approve comments camni. Kang tak pasal-pasal blog aku kena delete padahal aku bukannya join pon. Nak maki sape nanti hahahaha.

Berbalik kepada komen-komen positif, ada jugak la komen teguran. 


Komen ni aku dah delete, takut spam. Lepas screencapture baru perasan sorry.

Persembahan bahasa acane tu kena baiki? Kasar sangat ke bahasa aku hahah. Tapi memang cara aku macam ni. Takleh la nak tulis baik baik, sebab aku memang begini der. Aku harap korang tak kesah la eh cara aku menulis ok. Tiada originality nanti ;)

Monday, December 16, 2013

Pelik & Entah Hape Hape.

Assalamualaikum.


Memandangkan harini takde bola, bolehlah aku update blog. Sebenarnya takde kena mengena pon. Takde hal harini, jadi update blog. Ye, aku cuma update blog bila aku free dan bila aku nak. Cerita yang betul betul aku nak tulis baru aku share. Benda yang tak best aku tak bagitau sebab aku sendiri tak hingin nak baca nanti. Hahaha adakah itu termasuk dalam tabiat pelik? Anyway, meh aku bagitau beberapa perkara yang aku sendiri rasa aku pelik atau ntah pape. 

Aku suka buat kerja dari belakang. Contohnya kemas umah (sangat rare ye kejadian ini berlaku bhahaha). Normally orang akan kemas ruang tamu dulu baru kemas dapur sume en. Aku akan start dengan kemas dapur dulu instead of kemas ruang tamu. Cuci pinggan dulu baru sapu umah. Bagi aku, benda penting selesaikan last. Kalau benda remeh selesaikan last, aku akan andaikan benda tu kekal 'remeh' dan boleh tangguh dan ended up tak yah la buat. 

Any task yang aku buat, aku selalu start dari page last dulu. Kecuali tajuk depan supaya aku tak lupa dan menyimpang dari tajuk sebenarnya wkwkwk. 

Aku juga suka bau-bauan. Mesti hidu dulu sebelum pakai, macam pencuci muka, sabun Dettol, penyembur Ridsect pon tapi takdela gila aku gi sembur kat muka der. Aku juga suka bau buku-buku baru. Dok tekap muka kat buku dulu baru baca haha! Aku suka masuk kedai buku or stationery! Kengkadang aku saje masuk Power Stationery kat umah aku ni dok pusing-pusing sebab nak bau kedai dia. Ha-ha ha-ha.


Ok buku yang aku beli kat PWTC khamis lepas. Too many love stories la sekarang. Boring do. Sebab tu cari buku Fixi je. Tak pelik kan tak suka buku cinta.


Lagi satu, aku tak tau ni tabiat pelik ke acam angang ekekeke. Tiap kali nak masuk kedai yang ada 'Push or Pull' kat pintu kedai macam 7 Eleven tu mesti wa akan menggelabah. 

'Push pull push pull push pull tarik ke tolak tarik ke tolak kalau push tolak'

Hahahahahaha padahal dah tau push tu tolak, pull tarik. Saje je nak menggelabah. Pastu bila masuk kedai tersengih sengsorang. Maka, cashier lelaki pon perasan aku senyum kat dia puihh wahahaha takde la saje kencangkan cerita. Ok. Hby? Ada tabiat pelik?

Monday, December 9, 2013

Telefon.

Assalamulaikum.

Sejak aku ada Instagram ni, gambar gambar sume stok edit edit. Naik segan pon ada bila dalam gambar muka licin tapi real life punya takdela licin mana. Salah Camera 360 juga kerana tahap editnya melampau. Takpela pasni kat blog aku bubuh gambar tak edit. Selekeh pon takpo la yo ;)

Terpengaruh dengan novel Fixi, tajuk entry pon sepatah je. Boleh tak haha. Selama ni, aku cuma pernah ada dua telefon saja. Tiga la kalau masuk tepon umah. So wa tak heran la dengan pop phone haha dari kecik pakai tepon ganggang wakaka ok peace no hate! 

Tepon first yang aku guna masa darjah 6. Hadiah UPSR. Abah bagi.

Nokia 2600



Gigihla aku nak cari tepon ni kat Google Images sebab tak ingat nama dia apa. Taip Nokia tak jumpa. Tapi Nokia Oren baru jumpa bhahaha. Ntah kat mana dah phone ni sekarang. Ada dalam kotak tapi kat umah ni banyak kotak. VCD cetak rompak pon dah berkotak kotak (jangan bagitau Lisa Surihani, Zizan mahupun Aaron Aziz).

Samsung Galaxy Y



Ni phone hadiah jugak, masa PMR. Bukan aku yang mintak ya, ayah aku yang belikan. Bak kata cikgu, 'perjalanan hidup jadi mudah bila tak menyusahkan mak bapak'. Deep kan? Fikir fikirkan :)

Aku sekarang juga tak suka tengok gambar-gambar orang di Google ataupun artis di Youtube. Tengok means renung mata dorang. Selama ni takde apa je. Haritu la lepas tengok gambar penyanyi memori daun pisang terus aku jadi tak tentu hala. Konon nak dengar la kan lagu apa ni. Aku kalau bukak Youtube semua kalau boleh related videos kat tepi tu hah aku nak bukak.

Pi renung mata, seram weh entah kenapa. Aku tekan butang back back back tak boleh. Aku pon terus tekan la butang hitam tengah tengah tu (rujuk gambar Galaxy Y) nak tutup terus. Lambat giler nak padam, hang phone aku. Dah padam ok pastu tetiba terbukak sendiri gambar tu pastu padam balik. Seram kan weh ketaq lutut ceq -,-

Penat la aku asyik tido/berangan je pastu mimpi bodo bodo ikat tocang rambut orang kaler turquoise tak paham aku, baikla aku gi blogwalking. Kalau bertuah, nampak aku kat shoutbox korang. Kalau lagi bertuah, aku tinggalkan komen wuhu rajin kan aku wahaha see yah :D

Saturday, November 30, 2013

Ada Orang Tanya: SPM Macam Mana?

Assalamualaikum.

Yeye semua aku dah habis SPM :D

Aku dah bukak balik ask.fm tau. Kenapa? Ok dua dalam satu. Selain dapat soalan kat ask.fm, dapat juga cari idea untuk update blog wahahaha. Tapi bila dah berleluasa kembali ayat ayat 'ask me back boom me back peh bataknya bla bla bla' tanya soklan pun sebab nak suruh orang tanya ko balik, aku delete balik k account tu. 

Random questions yang aku dapat pasal SPM. Percubaan camne? SPM susah tak? Baiklah meh aku cerita dari aku masuk Form 4 sampai lah ke SPM pasal study aku yek. Aku akan ceritakan secara lebih mendalam. 


" Perjalanan SPM macam mana? Pahit getir yang kau jalani? "

Soalan ni aku bubuh sendiri kasi gempak ok kahkah

Menjawab menjawab;

PMR aku dulu takdelah straight A's. 7A1B pun dah kira cukup Alhamdulillah dah. Aku tak mohon asrama sebab aku tak minat. Tapi kat SMK Sungai Besi fight dia tak kuat sangat. 7A dapat masuk kelas first. Sekolah lain dengar citer sampai kelas ketiga/keempat kalau dapat 7A kan?

Aku sebenarnya tak nak masuk kelas sains. Aku rasa nak masuk akaun. Aku tak minat weh sains. Langsung tak. Tapi kengkawan aku yang lain semua masuk sains. Lagipun peluang jadi banyak kalau dalam aliran sains kan, so aku kekal je la dalam kelas tu. Pengetua pon tak kasi budak keluar. Tahun tu memang sikit je budak tukar aliran.

Anyway masa Form 4, aku tak serius sangat belajar. Subjek yang paling aku tak suka fizik dan kimia! Memang dok berangan weh dalam makmal. Tipu la kalau tak down sebab apa yang cikgu cakap aku tak faham. Orang lain faham je, aku sorang yang blur.


Ini adalah result aku masa Form 4.

Ini pula result masa Form 5.

Lebih kurang sama je semua. Tiada anjakan paradigma. Tapi masa Form 5 aku serius sikit la belajar. Kalau Form 4 aku berharap loceng berbunyi dengan pantas, tapi masa Form 5, dalam makmal aku fokus jugak apa yang cikgu ajar. Tak faham, tanya.

Lepas trial la aku betul-betul berubah. 4A je kan aku dapat. Siyes weh aku MULA STUDY. Ko caye tak sebelum ni aku cuma study malam sebelum exam saja. Tapi bila aku study sendiri, baru aku faham apa yang cikgu ajar selama ni. Silap besar sebab tak nak faham apa yang cikgu ajar. Kalau usaha sendiri cubakan faham, boleh je. Usaha tu penting. Aku pun rasa okay je kalau kelas sains. Sebaik tak tukar bro haha.

Masa SPM, aku rasa semua susah. Bio, kimia, fizik paling tak menahan. Tapi aku tawakal saja. Aku tak nak letak harapan tinggi sangat. Over confident or apa. Result macam mana pun, A banyak mana, Allah yang bagi. Rezeki masing masing kan. Kalau result tak power, periksa tak cemerlang, benda lain Allah bagi. So chill okay. Beriya kan aku taip panjang panjang padahal soalan pasal spm ada tiga sahaja bhahaha.

Sunday, September 15, 2013

OLEMIRA: Man Of The Match

Assalamualaikum.

Memandangkan harini aku tak study langsong, sebab tadi gi Jalan Tar kengkonon nak beli baju untuk hari graduasi sekolah tapi satu hape pon tak berkenan, baiklah aku menamatkan penghujung hari minggu ini dengan sesuatu yang indah (untuk aku) iaitu OLEMIRA. Besok pon cuti kan, jomlah kita cuci mata dengan pemain-pemain Harimau Muda wahahahaha.

Tengok tak Pesta Bola Merdeka semalam. Siyes aku cakap, selain final Sukan SEA 2011, game semalam pon buat bulu roma aku meremang tau. Man Of The Match patutnya sorang je kan. Tapi aku nak buat sorang pilihan aku, sorang lagi yang dinobatkan semalam. So patutnya jadi 'men' kan sebab lebih daripada sorang. Ah gasak ah. Dulik apew akuw :P 


Izham Tarmizi

- Google Images.

Izham Tarmizi gempak giler wa cakap sama lu. Terel sangat ni sampai rasa nak nangis sebab terharu banyak kali selamatkan gawang gol. Bagi aku, dialah yang terbaik game semalam. Bagi akulah.


Wan Zack Haikal


- Google Images.

Wan Jeckkkkk !! Wan Jeckkkkk !! Aku jerit camni ah kat umah semalam bila dia pegang bola hahaha sorry jiran tetangga :P Tapi ko pon ok jugak eh. Takpolah yang penting, Malaysia menang.

Kalau striker power tapi gol keeper banyak lepaskan bola tak de guna. Kalau gol keeper power tapi striker tak berfungsi pon tak de guna jugak. Kalau defender ngan pemain lain tak gerakkan bola pon tak best jugak. So puas hati der ngan game semalam. Teruskan perjuangan ni sampai SEA Games. Kasi menang tau kengkawanku (kau nape?). Malaysia Boleh!

Friday, September 13, 2013

Entry Random Selepas Trial.

Assalamualaikum.

Ini adalah entry random seperti mana jadual trial SPM sekolah aku dibubuh secara random. Add math K1 minggu kedua pekse, add math K2 minggu ketiga. Wa kenal bapak tiri laki mak lu sangat kan aku nak study sume benda dua kali. Orang belum sedia nak SPM, cenggini lah jadinya. Oklah trial pon dah habis. Tengok je lah result nanti camne :P

Aku dah lama tak baca novel. Setiap kali aku gi TBS, mesti masuk MPH. Weh novel baru banyaknya kau! Ko ilek je lepas SPM nanti aku beli, ko dok kat situ diam diam. Novel kawan aku, dari bulan 3 aku pinjam pon tak pulang-pulang haha teruk seh. So lepas SPM nanti baca novel je satu bulan tu. Kenapa satu bulan? Kau tak tau ke aku dapat PLKN ekekeke.

Menyampahnya aku banyak sangat novel baru nya pun.

Aku jarang belajar kat meja belajar dalam bilik. Aku suka belajar/buat hw kat ruang tamu sambil tengok tv. Secara tidak rasminya, remote tv aku yang pegang hahahaha.

Kemas kan meja aku. Kemas la sebab nak bubuh dalam blog wakaka.

Kau suka tak tengok Super Spontan? Aku suka gila kot. Team Semut Sentap! K k k ada Johan, Jep, Tauke, Ajak. So tell me tang mana yang tak bestnya. Rasa macam hilang kejap stress belajar. Malam ni eh jangan lupa. 

- Google Images. #SemutSentap

Puas. Lama tak update blog hihi. Trial punya pasal. Err doakanlah keputusan trial dan SPM aku eh. Thanks :) Oh ya all the best juga untuk team Harimau Muda esok. #PestaBolaMerdeka (Ni bukan Instagram bai hashtag bagai) Rasa nak buat OLEMIRA laaa ale ale ale. Mesti ko ingat aku nak update pasal pemain muda yang hensem dan first time tengok depan TV an? Cis. Betul la tu bhahahaha.

Friday, August 16, 2013

Birthday & Tudung.

Assalamualaikum.

Memandangkan harini birthday aku yang ke-17, marilah aku bercerita tentang diri aku. Topik pada hari ini ialah tudung. Tudung yang aku suka pakai dan tidak suka pakai. Disini aku sertakan sekali gambar aku yer. Tak suka? Eh bio ler ni blog sape? (Ekekeke terpengaruh dengan adik sepupu masa gi umah dia haritu)

Dalam banyak banyak jenis tudung, aku paling kurang minat pakai tudung bawal. Rimas bhai. Paling aku benci bila dah bentukkan tudung tu dekat setengah jam, keluar pintu rumah kena tiup angin pergh terus buruk. Ko tau tak punya lenguh kaki ngadap cermin pastu angin sepoi sepoi bahasa terus kasi spoil.

Pastu kalau masa makan mesti lepas suap betulkan tudung, lepas suap betulkan tudung macam habit dah. Benci benci. Tu belum lagi lepas makan eh korang jom amik gambar. Kelam kabut betulkan tudung tapi buruk gak sudahnya delete gambar tu. Bebudak lain pon tertanya tanya wei mana gambar tadi, siapa delete? Mesti sakit hati kan korangzzz haha sorry.

Aku suka gak pakai shawl. Pin kan ketat ketat ngan kemas dah settle. Tak yah risau sebab dah ikut bentuk muka dah. Tapi problem dia panas je lah. Lagi lagi kalau pakai pashmina. Berbahang siot. Baru siap pin dah berpeluh.

Tudung yang paling aku suka pakai tak lain tak bukan syria ler. Gi kedai, gi bukak puasa, gi raya, gi shopping selesooo gitu. Kengkadang jalan jalan memang bawak syria dalam beg terus, tak selesa kang tukar. Syria ngan inner senang nak bentuk bila makan pon takdelah senget senget sangat. Kalau pakai anak tudung sekolah hitam tu sekali kat dalam memang tak gerak langsong. Amik gambar kang rilex brader brader rilex tak yah kelam kabut terus buat peace.

Aku tak suka lipat tudung. Tudung sekolah ke, bawal ke, shawl ke apatah lagi syria hahahaha dah kenapa pakai syria pon nak lipat uolsss. Mungkin sebab bentuk muka aku sesuai ngan memane jenis tudung kot tak yah ler lipat.

Best jugak update entry pasal diri sendiri. Lain kali aku buat lagi bhahahaha. Oraittt kata-kata terakhir seperti di instagram, pada tarikh 16/8 ini moga moga Allah redha hidup di muka bumi ini && goodluck trial n spm. Woo wish bday sendiri haha.

*Aku padam beberapa gambar. Sebab tu entry jadi pendek... dan tak best haha!

Sunday, August 4, 2013

Bebel Bebel Menjelang Raya.

Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tengah study math sekarang. Duduk depan komputer jap nak search kat google amende faktor perdana haih dah lupa la. Sebelum tu bukak FB wish birthday cousin oh biasalah zaman teknologi ni thanks Facebook tolong ingatkan haha :P Pastu bukak Youtube pasang lagu raya Siti Nurhaliza wah wah terus semangat nak update blog.

Cakap pasal lagu raya...

Kemahen tak boleh blah. Dah siap download dah lagu lagu nak pilih mana satu jadi ringtone nanti. Lagi kemahen bila dah bubuh dah pon ringtone lagu raya. 

Ok ok persiapan raya aku. Barang barang sume dah beli. Berapa kali keluar shopping ntah aku tak ingat. Sehari keluar beli satu barang. Pergh sakit hati sape yang teman aku shopping bhahaha. Persiapan untuk umah plak, dah siap cat umah dengan pasang langsir. Yang lelain tu lepas balik dari kampung settlekan. Ececece sembang lebih macamla aku kemas umah nanti. Tolong mak sikit sikit je hihi.

Tak sabarnya nak balik raya walaupun dok Gombak je. Apadehal dekat ke apa ke kampung kesayangan aku tuuu. Satu je la kurang best. Kampung... takde... Astro. Iklan Astro banyak citer best best best hmmm. 

Yang paling tak menahan rasa eksaitednya nanti pada malam raya. Isi kuih raya dalam balang! Makcik pakcik masing masing bawak kuih raya. Amik semua kuih raya letak kat ruang tamu. Sambil isi kuih dalam balang sambil makan. Kalau sedap tak yah letak dalam balang. Makan sendiri sendiri je haha. Ei tak sabar.

Oh tahun ni kuih raya buat cornflakes madu je. Mak buat mini popia. Tak yah lebih lebih, kuih tunjuk dah banyak teehee. Cornflakes tu pon teragak-agak nak buat sebab busy. Trial dah dekat dah ni. Eh hahahahahaha baru aku ingat tujuan aku duduk depan komputer ni -.-

Sudah sudahlah membebel. Oklah nak bagi ucapan raya in advance. Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin sepanjang aku berblogging ni kalau ada terguris kata dan tersentap. In Shaa Allah aku balik kampung hari Selasa :) Doakan keselamatan kami sekeluarga. Keluarga besar sekali. Korang pon. Semoga baik baik perjalanan ya. Assalamualaikum.

Tuesday, July 23, 2013

Juadah Berbuka Yang Engko Suka?

Assalamualaikum.

Haritu masa kelas GPMS Bio, hari ke-6 puasa, geng geng satu meja takleh fokus apa yang cikgu ajar. Siapa ntah yang start cite pasal kuih muih favourite untuk bukak puasa :P Habis meleret sampai habis kelas. Hu ha hu ha aku suka kuih ni aku suka kuih tu haa kuih tu pon aku suka jugak. Eksaited kemahen sume.

Kalau kau tanya aku suka kuih apa (kau tak nak tanya pon takpe, nak cite jugak ok), adalah beberapa kuih ngan juadah berbuka yang aku suka. Maap la yer post gambar makanan. Dah dua minggu puasa, iman sudah kira steady la tu. Macam steadynya berat badan aku turun 3 kg weeheeeee. Tetiba.

Kole Kacang. Start suka tahun lepas. Tak tau apa yang sedap tapi suka sangat kat makanan ni.

Popia basah aku suka. Popia goreng aku tak suka. Mini popia aku suka. Popeye aku tak suka.

Aku pernah hokey gi bazaar semata-mata cari samosa. Tapi kecik giler samosa makcik tu jual. Terus tukar beli karipap sardin. Eh manada keciwa.

Favourite! Favourite! Siapa yang cipta Roti John ni? Nak bagi award haha.

Rasa macam hari hari nak air cendol. Sedap sangat engko tau.

Hihi rajinnya update blog. Gambar diambil di Google Images. Banyak kuih yang aku tak tau nama, tau rupa. Tak tau rupa, tau nama. Jom jom share apa juadah berbuka yang korang suka. 

Saturday, July 13, 2013

Study Mood.

Assalamualaikum.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak koranggg! 

Buat sikit sikit. Slow and steady gitu :) - Google Images. 

Gambar tu, sesuai sangat dengan mood study aku sekarang ni. Baru terhegeh hegeh start buat nota wei hahahaha. It's okay. Aku rasa aku boleh buat. Aku percaya aku boleh buat. Masih belum terlambat. Thank you Allah for giving me the strength :') Dalam bulan kerahmatan ni.

Dapat buku ngan pen ni sempena minggu sains ngan matematik haritu. Dapat idea ni lepas Maghrib 1 Ramadhan haritu heee. Sweet sangat Allah :')

Mana dah study, mana belum. Jauh lagi perjalanan ni...

1) Buat nota ringkas
2) Baca dan fahamkan 
3) Buat latihan 
4) Semak dan fahamkan lagi

Okayyy. Aku rasa aku jarang update blog lepas ni. Murah rezeki kita jumpa hujung Ramadhan atau masa hari Raya. Panjang umur kita jumpa lagi Ramadhan tahun depan tau. Assalamualaikum dear bloggers.

,5 Ramadhan 1434 :)

Friday, June 7, 2013

Ada Orang Tanya: Blogger Sombong?

Assalamualaikum.

20 karangan untuk folio BM aku tak siap lagi. Langsung tak buat sebenarnya. Belum mula menulis lagi. Pen pon baru beli tadi wakakaka. Alang-alang aku dah malas nak menulis tu, baik aku menulis kat blog. Kalau ikot aku, nak je aku bagi kat cikgu 20 entry terbaik kat blog ni (terbaik sangat zzzzz).

Ingat tak entry yang aku dok kencang hebat - Ada Orang Tanya tu. Konon la nak buat entry berdasarkan komen-komen kat entry tu. Dah 2 minggu tak gerak gerak jugak. Ok lah harini aku terasa nak jawab persoalan ini;

" Apa pandangan anda tentang blogger yang sombong? Blogger yang tidak bertegur sapa dengan bloggers baru? "

Aku lupa siapa yang tanya soalan ni sebab dia bagi kat FB. Aku dah bagitau, tanya kat ruang komen blog sebab nanti aku akan lupa punya. Kalau tak, boleh aku letak link blog dia sekali. Soalan pon ada lagi tapi aku ingat tu je.

Menjawab menjawab;

Entah kenapa aku terasa sikit dengan soalan ini wahahaha. Aku sombong ke? Kalau ada yang rasa aku sombong, maaf la yer. Bukan semua orang berblogging dengan niat & cara yang sama. Aku buat blog dengan niat untuk bacaan diri sendiri pada waktu lapang haha. Dan aku update hanya bila aku rasa perlu. Sebab tu jumlah entry kat blog ni sangat sedikit. Selain itu, selalunya aku bukak dashboard hanya untuk approve comments. Tu je. Memang busy dan takde masa. Jadi, silalah ambil diri aku ini sebagai contoh :P

Bukan sombong. Tapi sesetengah bloggers ada yang sibuk. Ada yang jadikan blog sebagai diary. Ada yang memang bukan jenis peramah. Pasal tak bertegur sapa dengan bloggers baru plak, sama la kes dia. Bila dah jarang bukak blog, manala nak tau entry-entry baru bloggers lain kan. Sebab tu jarang bagi komen. Bila jarang komen, orang ingat tak bertegur. Ye ye aku terasa lagi haha. Tapi kalau entry pon penuh carutan, tulisan bersimpul simpul, warna warni, kecik sampai takleh baca, haaaaa awak rasa?

Monday, June 3, 2013

OLEMIRA: Selangorku Sayang.

Assalamualaikum.

5 bulan tanpa OLEMIRA ken... Haha maap ler mood lagi satu dah datang dah. Tahniah la yer Kelantan ngan JDT masok final untuk piala FA. Tapi tak nak cite pasal dorang pon. Lagi lagi JDT sebab kalahkan Selangor haritu huh :P Ye ini entry untuk pemain Selangor. 

Aku asal Selangor tapi dok KL. Baru musim ni minat bola untuk Selangor. Sebab? Ada Mahali Jasuli okeh :) Terus sokong hehe eh macam tak logik sikit. Kalau ada perlawanan Selangor kat TV mesti tengok punya. Pastu baru sedar pemain yang lain lain pon terel.


Norazlan Razali

- Google Images.


I couldn't agree more (ceh betul ke ni) yang Norazlan Razali seorang keeper yang terel di Malaysia sekarang. Banyak save bola kot. Setakat ni Selangor cuma dibolosi 13 kali tau sepanjang 18 perlawanan. Mana aku tau? Eh mestilah tau ;)

Bunyamin Umar

- Google Images.


Respect Bunyamin sebab dia tutup aurat :) Pemain yang penting dalam benteng pertahanan. Haaa tu je lah ha ha ha -___-

Amri Yahyah

- Google Images.


Ini legend Selangor punya. Disenaraikan balik untuk skuad Harimau Malaya. Pemain Selangor antara yang paling banyak dipanggil Rajagopal kali ni. Selangor pulak dah jaringkan 22 gol. Ok siyesly mana aku tau? Adakah aku mencatat jumlah gol dan gol dibolosi setiap perlawanan dalam buku 555? Bukan. Aku bukak new tab ini saje dow -> FASelangor

Bila tengok match Selangor ngan pasukan memane takde ah bosan aku rasa. Penjaga gol, pertahanan, pemain tengah, pemain sayap, penyerang sume ok. Oh ya dekat sidebar sebelah ada jugak selit selit pemain Selangor. Setakat ni views untuk OLEMIRA boleh tahan la. Ada yang 100+ views. Haha ada yang baca rupanya pandangan pasal pemain bola ntah pape aku ni kekekeke :P

Wednesday, May 29, 2013

Kecik... Kemana Kau Menghilangkan Diri?

Assalamualaikum.

Mengapa kau melarikan dirimu ku rasa sayu ku ingin kau disampingku seperti waktu dahulu, Kemana kau menghilangkan dirimu ku rasa rindu ku mencarimu disinggah sana, Dan aku hilang tempat bermanja kau pula bersuka ria ececece habis jugak lagu Apit ni kang.

Rumah aku memang ada bela kucing. Kucing-kucing ni sesuka hati dia je datang kat umah ni. Mula mula dok luar beranda. Pastu luar pintu. Pastu depan pintu umah. Pastu tepi meja. Pastu cari makanan kat dapur. Pastu dok terbongkang atas sofa. Hebat permainan dia hebat.

Semua kucing yang pernah/sedang ada kat umah ni nanti aku buat dalam entry lain. Entry ni pasal satu satunya kucing yang paling disayangi. Kecik. Kenapa nama dia Kecik? Ntahlah. Tapi lepas dua tiga bulan dia lahir dia suka dok lepak atas sofa. Selalu hilang. Semua cuak kot kot terduduk atas dia ke. Warna bulu pon lebih kurang je ngan warna sofa. Bila hilang panggil, 'kecikkk' nanti dia datang. Atototo cutenya...

Ni masa dia masih kecil. Comel giler wei. First time kat umah tu ada kucing bulu parsi. Kiranya Kecik ni jenis kucing mix la. Parsi + kampong. 

Kucing ni dia macam tau kalau dia lawa, tak main ah ikan goreng gaul dengan nasi. Friskies only. Senang kerja tak yah susah susah gi goreng ikan. Hehe yang susahnya mak aku. Aku bagi Friskies pon kengkadang kehkeh lagi mau gorengkan ikan. Bila nak makan takdenya dok mengiau satu rumah menagih simpati. Geser geser kepala kat tangan, ikot je mana kitaorang gi tu tandanya nak makan la tu.

Bila dah kenyang sombong bukan main. Ajak main tak layan der. Tido je kerja. Bila panggil, pandang pon jeling jeling je. Sebab tu aku jarang kasi dia makan bhahaha! Kau nak sombong ngan aku sangat kan. Nak tido tempat high class. Tempat landing kena lembut ya. 


' Sorry I tak tido atas lantai. Sejuk uolsss. Cukup menggoda tak bulu dada I ngehngeh. '

Tapi tu bukan salah dia perangai mengada ngada. Lepas dia lahir mak dia tak hiraukan dia. Nak manja ngan sape lagi. Pastu malam malam tido atas katil mak aku. Ada satu malam tu aku terjaga. Tengok si Kecik ni tido bawah lengan hihihihi :) Kecik ni kategori bijak jugakla daripada kucing kucing kat umah ni yang lain. Bila panggil, datang. Tepuk peha, dok atas riba. Menyahtinja dalam bilik air. Masa orang makan, tak kacau. Pagi pagi kejut nak makan.

Haritu masa aku gi skolah, dia kejar aku pastu kena langgar motor. Tergamam bhai. Pastu lari nyorok bawah kereta. Kat skolah aku teringatkan je si Kecik ni. Berdoa agar Tuhan panjangkan umur dia... Balik umah cepat cepat nak tengok Kecik pastu nampak dia dengan senang hatinya makan Friskies macam takde apa yang berlaku. Cis cis.

Kucing jantan selalu bergadoh kan. Dia pernah kena serang dengan kucing gemok sampai takleh jalan. Bawak gi klinik haiwan pastu sembuh. Dua tiga hari pastu hilang. Siyes tak balik umah. Kucing ni tak reti bersyukur ke hape. Tapi rasanya ada orang amik. Tak tau la. Ntah hidop ke dah mati ke. Kalau hidop, orang jaga takpe. Kalau dok merempat, pandai pandai la berdikari Kecik wei :') Wuwuwu rindu sangat tau sampai lagu Apit pon boleh jadi lagu untuk kucing hahaha.

Friday, May 24, 2013

Cuti Ini.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Cuti dua minggu tiba jua akhirnya. Pahal skema sangat ni. Tapi takpe bro sebab dapat cuti punya pasal. Apa nak buat cuti ni eh? Aku nak study hihihi. Panggggg baru tersedar yang aku dah nak SPM dah ni. Kena study wei. Sebelum study, kena siapkan homework dulu baru hati tenang. 


4 subjek je fuhh fuhh. Tapi hazab dia mak aihhh kemain dahsyat. Bio nota & latihan bab 1 ngan bab 2. Latihan kimia. Sejarah nota bab 1 sampai bab 4. Latihan setiap subtopik pon kena buat. Folio bm 20 contoh karangan. Nota komsas, novel, tatabahasa, latihan rumusan yang aku tak buat lagi sebab tak masok kelas untuk latihan kawad dulu. Dahsyat tak dahsyat -___-

Lepas dah kasi settle homework, dah boleh mula study. Ye MULA. Mula dari bab 1 semua subjek. Tapi untuk study, tak leh main redah je. Kena kelaskan dulu mana topik senang mana susah. Yang susah study last. Takdela engko fedup ye diri sendiri.

Semalam, punyalah gigih aku ke Power Stationery dekat dengan Sup Meletop tu sampai terkehel kaki aku masok lubang. Kena tahan plak ngan promoter untuk kelab nutrisi dorang. Boleh plak tu aku bagi nombor aku kat dorang pasni kalau dorang call mampos aku nak jawab. Aku tak nak join pon lah. Habis dengar ceramah secara tidak ikhlas bhahahaha aku terus gi kedai yang aku nak gi setengah jam yang lalu. Onak duri yang aku tempuhi hanyalah untuk...


STICKER NOTE! Untuk subjek bio, kimia, fizik ngan add math. Kuning untuk tahap bolehlah. Oren sederhana. Hijau susah. Biru susah tahap aku tak paham langsong haha. Pasni kalau ada soalan nak tanya cikgu senang sikitla sebab dah tau tang mana yang aku tak paham.

Semalam jugak aku gi klinik. Dua tiga hari ni bila aku kunyah makanan je hidung aku jadi sakit. Canneh nak terangkan. Dekat bahagian antara mata kiri ngan mata kanan tu. Setiap pagi eh setiap kali aku mandi mesti aku bersin. Susah bhai aku nak gosok gigi hahaha. Pastu haritu masa aku bersin, keluar darah sekali. Cemas ok. Tapi tak cemas sangatla sebab tu aku tak letak tanda seru kehkeh.

Dah 17 tahun baru aku tau aku allergic seafood wakakaka. Lagi satu, jangan minum benda yang berais. Wei wei udang favourite aku kot! Air kena berais kalau tak mana nikmat dow. CoolBlog setiap minggu. Selepas 17 tahun huhuhuhu sedihnya. Ah takde takde :P

Idea kalau dah datang memang laju je dapat update blog. Tapi datang secara spontan la. Kalau dok melangok depan pc ni tak dapeknye nak update blog. Cuti ni jugak nak jumpa kawan-kawan lama. Nad H confirm. Fairuz tak tau lagi. Harap harap jadi la ye teehee :)

Friday, May 17, 2013

Ada Orang Tanya.

Assalamualaikum.

Aku ni jarang masok segmen. Bukan jarang tapi tak pernah masok pon. Kalau masok yang tak yah buat entry. Kalau kena buat entry bagai memang tak der aku nak masok. Pemalasss kan haha. Entry sendiri malahan diri sendiri tak terurus, lagi mau join segmen. Bila blogwalking ada segmen yang tak perlu buat entry cuma letak link blog anda saja di kotak komen eh marilah mari kita semua join, alang alang tu aku bubuh je la.

Apa yang paling aku suka lepas publish entry adalah membaca komen. Bila orang bagi komen positif, rasa semangat nak buat entry baru :D Setakat ni komen negatif takde aku rasa. Ada pon anonymous dok perli perli cehhh. Lu kalau nak komen lempar segala tahi tunjuk nama ngan blog lu dow biar wa scroll blog lu atas bawah atas bawah dulu.

Ekceli sekarang aku dah kekurangan idea untuk update entry baru selain daripada life update dan OLEMIRA (omjayyy lama giler tak menggedik pasal pemain bola hihihihi). Jadi, sila scroll bawah sikit. Ya, bawah lagi. Sikit lagi. Nah, bahagian sidebar kat tepi ni, yang bawah sekali. Kalau kau nak senang, baca tajuk entry ini sahaja wahahahaha.


" Ada Orang Tanya "

Wahh wahh kemain bajet tajuknya kan. Jangan ar korang. Itu tajuk saje. Mana tahu, ada entry yang tak pernah aku terpikir nak buat, ada orang bagikan idea kan kan. Boleh aku tulis masa cuti nanti. Apa-apa soalan atau cerita boleh korang tanya. Oraittt bolehlah korang tinggalkan komen kat entry ni dan berikan soalan serta idea kepada aku. Dan lepas aku update entry tersebut, aku tepek kat sidebar sebelah. Senang bukan? Terima kasih kawan-kawan ;)

*Soalan pendek macam soalan kat buku biodata atau ask.fm pon boleyyy.

Friday, May 3, 2013

Kenapa Bukan Novel Cinta?

Assalamualaikum.

Sememangnya persoalan di atas khas untuk diri sendiri. Kenapa aku tanya kat diri sendiri? Saje. Aku pon kengkadang tak paham sangat dengan diri aku ni. Aku suka makan pisang goreng tapi tak suka pisang. Pagi pagi lepas mandi mesti aku konfius aku dah gosok gigi ke belum. Jadi... apa kaitannya dengan tajuk di atas? TAK ADA. Haha ok jom sambung cite pasal novel cinta. (Pendahuluan + Merepek = Me)

'Kenapa kau tak suka novel cinta? Best kot. Boleh nangis nangis.'

Haaa maceh la bagitau sebab yang pertama. Aku tak suka la novel yang sedih sedih ni. Lepas dah habis baca novel yang kononnya sedih tu mesti aku macam - part ni ke yang air mata kau meleleh leleh? - kau biaq betui? - tak sedih pon? - asal aku tak nangis wei? Menyesal je aku baca konflik percintaan dorang ni beratus ratus mukasurat. Ke aku yang tak berperasaan haha!

Pastu kan aku takleh terima bila novel tu guna 'saya awak' apatah lagi 'abang abang'. Tak tau kenapa. Kalau panggilan dah camtu konfem ayat pon baik baik je. Bila aku baca sinopsis kat belakang, kalau guna 'saya awak' tu memey aku letak balik la jawabnya. 'Kau aku' baru rock. Automatik cerita dia akan jadi kelakar. Macam Coke and Sundae, Cinta Kontrak, Prince Charming, Hikayat Cinta. Tapi cerita ni watak dorang semua gadoh sebab tu la pakai 'kau aku' kekekekeke.


Novel jenis ni ada 5 je kat umah. 

Aku sukakan sesuatu yang mencabar, buat aku berfikir. Kena selesaikan misteri. Cari siapa pembunuh sebenarnya. Pembunuh yang dicari rupa rupanya orang yang paling rapat ngan kita. Kenapa dia bunuh diri. Ada ke yang nak percaya cerita seram dia. Fuhhh novel thriller semangat betul bila aku baca kau.


Some of my favourite :) Novel kelakar best! Tak tensionnn bila baca.


Kepala aku mesti kusut bila aku tengah study. Lepas 2-3 bab, otak aku kena bernafas jap (otak bernafas ya?). Disebabkan aku suka membaca wakakaka jadi aku bacalah novel. Sebab tu aku suka novel yang kelakar. Hilang semak dalam kepala aku tadi. Kau bayangkan bila bukak novel cinta keluar pulak part cinta tiga segi. Main rebut rebut bini sesuka hati kau je. Eh aku campak jugak novel ni kanggg. Kepala aku dah kusut tau jangan la tambahkan sakit hati aku plak. (Kata takde perasaan tadi. Oh lupa. Tu kalau part sedih. Part marah, aku marah betol)

And reason terakhir hehe ofkos... hei aku sendiri tak pernah bercinta, nak baca novel cintan cintun  bagai. Ape kes bro sorry ah not interested yet mwehehehe. Orang kata single tu bebas. Apa yang bebas pon aku tak tau la takde pengalaman kan. Bebas macam sesuka hati bergambar dalam umah masa takde orang ke?



Oraittt harini je aku nak relax sikit besok nak study balek. Rerajin la komen entry aku ni ek bole la aku gi blogwalking blog korang teehee ^___^

*Sorry TERDELETE entry ni. Terpaksa publish balik. Komen pon hilang wuwuwu :(

Saturday, April 27, 2013

Nak Cari Buku, Nak Cari Buku.

Assalamualaikum.


Memandangkan aku tak tuisyen, jadi sumber untuk aku buat ulangkaji hanyalah kertas-kertas latihan masa kelas GPMS dan kertas-kertas pekse tahun lepas. Minggu depan nak pekse, buku latihan pon takde. Moh ler kita ke PWTC jawabnya. Macam tahun lepas, kena pergi hari first barulah tak sesak sangat. 

Tahun ni pergi berdua je dengan Nadira. Sampai sana pukul 3. Terus gi tingkat atas nak cari buku latihan. Lek lek lepas dah settle buku pelajaran baru boleh pikir untuk novel okeh. Aku dah siap listkan buku yang nak dibeli kat phone.

PELANGI - Sejarah Kertas 3.


Semalam masa kelas Sejarah, Cikgu Yat tunjuk buku ni. Haaa petang tu terus beli. Cukup advanced tak.

CERDIK - Math & Add Math.


Aku memang buat latihan Math & Add Math guna buku Cerdik. Tapi tahun lepas punya Expert. Dah ubah kot daripada kau Expert je baik kau terbang tinggi (Fly High) wakakaka sukati kau la.

SASBADI - Latihan Topikal Sejarah, Kimia, Biologi, Fizik, Agama. 


Aku memang cari buku latihan Form 4 & Form 5. Nak beli jenama Cerdik tu mahal sangat la plak aku rasa sebab Form 4 ngan Form 5 buku dia lain-lain. Sebaik jumpa buku ni tau. 

Ok bereh buku latihan semua dah beli. Tengok jam... baru pukul 4? Punya nak tercabut tangan aku dok bawak buku baru sejam je jalan-jalan? Oh ya jom beli novel!!! Tapi tak bernafsu sangat pon nak beli. Saje je alang-alang dah sampai kat PWTC ni kan. 

FAJAR PAKEER - Prince Charming. ALAF 21 - Antologi Jiwa Kacau.


Prince Charming ni harga sebenar dia RM19.90 kan. Aku beli RM15.90 je weh kau caye tak. Diskaun RM4. Yang Jiwa Kacau tu plak aku beli RM17.60. Kurang RM4.40 daripada harga asal. Beli novel je jimat RM8.40. Dapatla jugak aku beli Kuew Teow Sup ngan Teh Ais kat kedai mamak.

Aku dah pernah baca dah Prince Charming sebelum ni. Tapi sebab best tahap tersengih tak bleh blah punya sepanjang masa bila baca buku ni, tu yang beli jugak. Pastu turun gi tingkat bawah, nak cari novel terbitan lain plak. Macam bangang pon ada aku ngan Nad asyik masuk dewan yang sama kehkehkeh. Pintu kau banyak sangatla PWTC kitaorang konfius dow.  

Pastu jumpa la jugak tempat yang dicari-cari padahal nak beli satu novel je pon. Masa ni memang mencabar bhai susah beno nak cari novel yang guna 'aku kau'. Banyak jumpa 'saya awak' 'abang abang'. Bhai bhai no jiwang like that please. Aku prefer novel yang kelakar atau thriller. Tu yang dapat Jiwa Kacau tu. Baca sinopsis kat belakang, giler kentang la best. 5 kisah dalam satu novel. Semua thriller.

Lepas bayar, gerak nak balik. Pukul 5 lebih lepak mamak. Oh Kuew Teow Sup bhahahaha (yang tetiba gelak cannih pahal). Habis makan tapi tak habis sangat la, gi CoolBlog. Pastu balik umah. Oraittt tu je. Nak study la hehe semangat kau kan mementang baru ada buku.

Friday, March 29, 2013

Vespa Weh Vespa!


Assalamualaikum.

Selalunya kalau perempuan ditanya pasal kereta idaman, rata-rata dorang akan jawab Mini Cooper dengan senyuman meleret sambil membayangkan diri  sendiri berada di dalam kereta kecik tu tapi harga RM200 000 pergh what the heck?! Kalau tak Mini Cooper, Myvi ataupon Viva. Kalau korang tanya aku, (eh ada ke yang nak tanya wakakaka sukati ler) dah kerja nanti baru aku pikirkan nak beli kereta apa mwehehehe.

Kalau motor pon aku takde motor idaman. I bukan minat rempit ihiksss (ngaku je lew tak gheti bawak motor kan sonang) Tapi aku memang tak suka motor besar-besar. Tonggek bhai. EX 5 pon aku tak suka. Dulu aku test bawak kat kampong fuhhh cemas dow nak main gear dia :') 

Sebab tu bila lalu depan kedai motor, aku tak pandang motor-motor kat situ. Cuma ada satu motor je yang buat aku rasa OMG nak naik nak naik sambil terkinja kinja. Kekekekeke takdela gurau aje. Apakah motor tersebut?


VESPA

Aku memang minat benda yang macam old school ni. Peplum pon aku suka. Tau tak korang yang Peplum sudah dipakai pada tahun 1964? Tak caye sila tengok filem Madu Tiga scene Jamil dengan Hasnah kahwin. Hasnah pakai baju peplum kot. Kelas kau Senah oiii.

Wei sekarang ni tengah cakap pasal Vespa an. Ok kenapa aku suka Vespa? Aku pon tak tau tapi aku memang suka tengok Vespa. Tapi tak pernah naik la. Satu hari nanti aku akan naik ek. In Shaa Allah ;)

Jom tengok warna Vespa yang aku suka. Oh sumber gambar; Google.

Pink. Oh my... 

Baby blue.

Turqoise. Bapak ah. Lawa siot.

Warna kuning pon aku suka tapi mesti nanti orang tertanya-tanya 'adakah dia penghantar pizza Yellow Cab?' Tak mo tak mo (hihi trend sekarang konon cute lettew cakap tak nak jadi tak mo tak mo) Stylo bukan kalau meronda dengan Vespa ngeee.

Saturday, March 23, 2013

Sebulan Kemudian...

Assalamualaikum.


Walaupun gaya aku yang dah lama tak update blog selama sebulan ni seperti orang yang terlalu fokus dalam peperiksaan, tapi percayalah tu semua dusta. Result bulan 3 ni pon berapa ketul je A. Lepas tengok batch 95's punya result, pergh rasa semangat pulok nak belajar. Baru sedar yang tahun ni aku nak amik SPM. Eh engko ni...

Anyway dah lama tak cerita pasal life aku sekarang. Aku sekarang dah tak tuisyen dah. Gila stress dengan kerja tuisyen. Melampau lampau homework kau, memang cite dia yang kat skolah takde homework pon kan. Bulan 1 je tuisyen pastu berhenti. Pastu sekarang amik kelas GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) yang free kat sekolah. Aku jugak masuk kawad KRS wakil Zon Bangsar. 

Aku jarang update blog sebab sibuk. Rutin aku setiap hari lebih kurang sama je. Moh ler ushar dengan perasaan tidak puas hati.

6.10 a.m - Bangun, mandi, Solat Subuh, bersiap ke sekolah. Sarapan, kalau tak sempat makan dalam kelas. Oh biasa la tu.
7.00 a.m / 7.05 a.m / 7.10 a.m - Gerak dari rumah sambil berangan.
7.20 a.m - Kat sekolah (tak kira pukul berapa aku keluar rumah, sampai sekolah pukul 7.20 jugak kehkehkeh)
2.00 p.m - Kelas GPMS (isnin - khamis)
3.30 p.m - Kawad KRS 
5.30 p.m - Balik rumah, makan tengahari + malam, Solat Asar, bersiap nak joging
6.00 p.m - Joging dengan Azimah kat area Bandar Tasek Selatan / Skipping dalam rumah (skipping kalau tak jadi joging)
7.00 p.m - Rehat jap, mandi
7.30 p.m - Solat Maghrib, online, stalk Instagram / Twitter orang lain
8.30 p.m - Tengok TV, Solat Isyak
10.00 p.m - Buat homework
12.00 a.m / 1.00 a.m - Tido

Penat siot. Tapi kengkadang lepas balek kawad tak gi bersenam pon. Serius penat. Bila berkawad pon dah ok dah sebenarnya sebab keluar la jugak peluhnya kan. Sekarang busy kawad, lawan 16/4 ni. Doakan yang terbaik untuk kami ya :) 

Itu saja cerita terkini. Homework berlambak bhai. Nak siapkan cepat-cepat. You know, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kan kan kan?

Ehem ehem tadi lepas kelas tambahan, cikgu Noraziah belanja kitaorang CoolBlog. Awww terima kasih cikgu, cikgu baik sangat. Saya akan belajar elok-elok Fizik.

Friday, February 22, 2013

Drama Series.


Assalamualaikum.

Sejak aku Form 3, aku dah jarang layan cerita cerita Melayu kat tv. Cerekarama aku tak tengok, Cerekapilihan lagi la aku tak tengok. Drama melayu berbelas mahupun berpuluh episod pon aku tak tengok. Apatah lagi cerita indon beratus ratus episod macam la cite tu best sangat @#$%^&*!

Aku kureng sikit cerita cinta bagai ni. Booosan la. Gwa tak pernah bercinta so mana ada feel kehkehkeh. Cerita yang lain daripada yang lain ada tak. Yang rock sikit ke. Ada? Oh ada. Juvana bhai Juvana.


- Google Images.

Dulu, setiap hari Isnin wei aku akan terpacak depan tv layan Juvana. Bagi aku mesej cerita ni berat tapi jalan cerita dia ilek je. Kelakar! Besttt! Haritu aku tengok balek 13 episod kat internet. 2 hari je aku tengok. Sampai tido pukul 2 tau. Ehem don't tell my mom please hehehe. Movie dia pon aku dah tengok. Kat Youtube je la :P Tapi terbaek seh movie ni!

Cerita ni pon aku suka. Jangan Ambil Padang Kami. Tengok kat Youtube sambil buat kerja sekolah. Tak leh fokus jadinya. Sumpah best gila! Semua watak hidop kot. Dialog dorang memang selamba ngan kelakar. Lawak Arai cam bangang. Juju gedik mintak penyepak. Serius dow. Tapi an an Arai ngan Akma sweet hihihihi. Cerita ni pon sama. Mesej berat, jalan cerita ilek je. 

Oraittt setakat ni, dua cerita ni je la yang aku paling suka tengok. Eh lama plak rasanya tak cerita pasal kehidupan seharian. Nanti aku update dalam entry seterusnya la ek :)  

Monday, February 11, 2013

Peh Peh Zalora Malaysia!


Assalamualaikum.

Selama aku berblogging, tak pernah plak aku terpikir yang akan ada portal online shopping yang nak bekerjasama dengan aku. Blog biasa header pon buruk. Baca comment di entry ini. Pendahuluan yang cukup merendah diri bukan wakakaka. Oraittt fokus pada tajuk utama. Siapa yang dah baca comment kat entry tu, tau la yang portal online shopping tu adalah

Peh peh...

Zalora Malaysia bagi aku voucher RM 50 dan balasannya aku kena review pasal apa yang aku dah beli tu kat blog. Peh peh senangnyaaa dapat beli secara percuma pastu aku cuma kena update cite kat blog je. Apa dorang tak tau ke yang hobi aku ni berblogging hikhik :D

Ok camne pengalaman membeli kat web Zalora? Peh peh BEST GILA wei. Engko tau kenapa? Jujur aku cakap yang ni first time aku beli barang secara online. Meh aku ceritakan!

Aku tak pernah pon bukak web Zalora sebelum ni. Sebab aku bajet yang harga barang dia mesti Rm100++ laa. Walaupun iklan kat TV, advertise kat mana-mana banyak tapi aku tak nak jugak bukak web dia. Daripada aku makan hati, baek aku dok diam diam je sobs. Bila Zalora offer RM50, aku gagahkan jua bukak web dia. Mana la tau kot kot ada ke barang yang dapat aku beli kan.

Sign up pastu terus gi bahagian perempuan. Baju, kasut, aksesori ahhhhh nak tekan mana dulu ni? Baju la sebab gwa pantang sikit nampak baju bro kehkeh. Sikit la sangat...

Banyaknya bajuuu :O Rambang mata. Tapi patutnya mata kena besar bukan mulut yang ternganga besar right? Eh eh kejap. Ada harga RM0 - RM49? 

Giler kentang! 1600 jenis baju bawah harga RM50! Camne aku nak gi tuisyen ni OMG tak sempat la nanti kahkahkah. Balek tuisyen lepas dah solat, makan terus dok depan PC. Weh weh excited dow :') 

Hmmm tengok ikot harga la. Dari murah ke mahal. Disebabkan aku ni tamak ye kengkawan, aku cari baju yang harga dia dekat-dekat RM50. Yang murah kang rasa rugi. Voucher tu bukannya boleh mintak baki kan.

Aku ni jenis yang bukan beli baju bila rasa lawa je terus beli. Pikir dulu over ke tak. Sesuai pakai masa bila. Nak pakai ngan apa. Setiap hari jugakla aku bukak web Zalora ni. Cantik sangat pon payah nanti segan nak pakai hehe. 

Engko tau tak betapa mudahnya bila membeli kat Zalora ni? Dahlah dia dah kelaskan dari harga, brand, saiz, warna, barang terkini dan macam-macam lagi. Pastu siap bagi detail lagi untuk satu-satu produk tu. Terus amik pita pengukur tau wahahaha.

Proses pembelian pon senang je. Aku pakai voucher so cuma bubuh kod voucher je la. Kalau beli pakai akaun bank aku tak tau la plak heee. Alaaa call je atau hantar email kat pihak Zalora kalau ada pape soalan. Senang kan? :)

Yeayyy dah sampai! Aku order hari Isnin, hari Rabu sampai. Memang express der. Haaa apa yang aku beli? Ececece konon surprise lettew. Kalau perasan, dekat product details tu dah ada nama bajunya.

ZIP Leopard Tribal Dress. Tribal ada leopard pon ada. Dua dalam satu kateko. Boleh pakai ngan inner atau cardigan. Kalau nak lebih jelas, tengokla kat web Zalora.

Selain penghantaran dan pemulangan percuma, Zalora juga suka bagi voucher kat orang hahaha. Sign up untuk newsletter dapat voucher, selalu melawat web dia pon dapat voucher. Bahagia weh bahagia.

Terima kasih Zalora Malaysia bagi saya peluang ni. Tak sangka tulis entry bodo bodo (baca entry entry lama) pon ada web yang tertarik kekekeke. Ok geng sila ke www.zalora.com.my dan like Facebook Zalora Malaysia ek. Selamat bershopping!